Kita mesti sangka dengan kekayaan mencapai jutaan dolar, para
selebriti Amerika akan terus hidup senang hingga ke akhir hayat. Namun tidak juga. Ramai dikalangan mereka yang menggunakan kekayaan mereka untuk membeli benda-benda yang
aneh dan tidak berfaedah contohnya12 buah Rolls Royce, dua buah rumah agam, satu pulau
dan mungkin lapan ekor kuda?!, tidak membayar cukai atau pelaburan yang tidak
bagus, sehinggakan ada yang terpaksa diisytiharkan muflis atau mati dalam
keadaan berhutang.
Mari kira lihat siapa diantara artis-artis tersebut, termasuklah:
1) WILLIE NELSON
Dia seorang penyanyi dan pencipta lagu desa, penyair,
aktivis dan juga pelakon yang memiliki puluhan album dan senarai filem yang
tidak terkira. Namun begitu, Willie Nelson berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (IRS) sebanyak AS$16.7 juta (RM53.2 juta) pada 1990. Hutangnya
menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk membuat konsert jelajah dan dia terpaksa
menghasilkan album "The IRS Tapes: Who'll Buy My Memories" untuk
membayar hutangnya.
2) MIKE TYSON
Sepanjang perjalanan kariernya sebagai peninju, Tyson
memungut lebih AS$300 juta (RM955 juta) melalui sukan tersebut. Namun begitu,
sikap dan tabiat borosnya (termasuk membeli barang kemas, rumah agam, kereta,
telefon bimbit dan harimau Siberia) akhirnya
menyebabkan dia dikekang hutang. Pada tahun 2003, Tyson terpaksa memfailkan
status muflis dengan hutangnya sebanyak AS$13.4 juta (RM42.67 juta) pada IRS
dan AS$9 juta (RM28.68 juta) untuk bekas isterinya, Monica Turner dalam
perceraian. Dikatakan dari tahun 1995 ke 1997, Tyson telah membelanjakan AS$9
juta (RM28.68 juta) untuk khidmat guaman, AS$230,000 (RM732,948) untuk alat
kelui dan telefon bimbit dan AS$410,000 (RM1.30 juta) untuk parti harijadi. Dia
juga berhutang AS$8,100 (RM25,802) untuk penjagaan harimaunya dan AS$65,000
(RM207,000) untuk limosinnya.
Pada akhir 80-an, Kim Basinger merupakan antara pelakon
dengan bayaran tertinggi di Hollywood.
Jadi bekas isteri Alec Baldwin ini membuat keputusan untuk membeli keseluruhan
bandar Braselton, Georgia dengan harga AS$20 juta
(RM63.7 juta) dengan harapan ia akan menjana pendapatan melalui pelancongan.
Hal tersebut tidak berlaku. Pada tahun 1993, dia membuat kesilapan sekali lagi
apabila disaman akibat mengundurkan diri daripada sebuah filem yang sudah
dipersetujuinya bertajuk "Boxing Helena". Basinger terpaksa menjual
semula Braselton dengan nilai AS$1 juta (RM3.18 juta) sahaja dan
mengisytiharkan dirinya muflis untuk menyelesaikan saman sebanyak AS$8 juta
(RM25.48 juta). Itu belum termasuk kos perceraian dengan suami pertamanya, jurusolek
bernama Ron Britton.
4) MARVIN GAYE
Pada tahun 1979, Marvin Gaye yang mengalami masalah cukai dan ketagihan dadah telah mengisytiharkan dirinya muflis dan berpindah ke Hawaii di mana dia tinggal di dalam sebuah van penjual roti dan cuba menghasilkan sebuah album yang diberi tajuk "In Our Lifetime". Malangnya pada tahun 1984, Marvin ditembak mati oleh bapanya sendiri.
5) JERRY LEE LEWIS
Sekalipun dengan hampir ratusan album dan single yang dikeluarkan, bintang rock n' roll Jerry Lee Lewis lupa membayar cukainya. Disebabkan itu pada tahun 1975, pihak IRS telah merampas hampir keseluruhan harta peribadi legenda muzik tersebut untuk menampung hutangnya. Pada tahun 1988, Lewis memfailkan muflis dengan jumlah hutang sebanyak AS$3 juta (RM9.55 juta) dan tiada aset lain.
6) BURT REYNOLDS
Misainya yang tebal tidak dapat menyelamatkan bintang "Smokey And The Bandit" ini apabila dia terpaksa mengisytiharkan muflis pada tahun 1996 dengan aset bernilai AS$6.6 juta (RM21 juta) dan hutang sebanyak AS$11.2 juta (RM35.67 juta). Semuanya akibat pembelian beberapa buah rumah agam, sebuah helikopter dan ladang ternak mewah di Florida selain daripada pelaburan yang tidak bijak dalam dua rangkaian restoran dan kegagalan filem-filemnya di box-office. Malah dia juga terpaksa menjual misainya yang popular itu dalam satu lelongan untuk membayar hutangnya.
7) MC HAMMER
MC Hammer mungkin "too legit to quit" tetapi dia
tetap terpaksa mengisytihar muflis selepas mengumpul hutang sebanyak AS$13 juta
(RM53.8 juta) pada tahun 1996. Perbelanjaan yang berlebihan merupakan punca
utama masalah kewangan bintang yang popular dengan lagu "Can't Touch
This" ini, termasuk rumah agamnya di California yang dilengkapi dua buah
kolam renang, sebuah pawagam, dua buah gelanggang tenis dan garaj yang boleh
menempatkan 17 buah kereta. Dia juga membeli sebuah helikopter, beberapa ekor
kuda lumba dan sistem bunyi yang memerlukan pendawaian sepanjang 22 batu. Oh,
tidak lupa juga rantai emas buat empat ekor anjing Rottweiler belaannya. Kini
Hammer bekerja sebagai penyanyi rap, pengacara TV dan juga penceramah untuk
menampung keluarganya. Stop! It's Hammer time!
8) GARY COLEMAN
Bintang "Diff'rent Strokes" kesayangan ramai ini pernah menjadi bintang kecil dengan bayaran paling mahal di Hollywood. Namun pada tahun 1999, Coleman terpaksa mengisytiharkan muflis dengan hutang peribadi sebanyak AS$72,000 (RM2.29 juta). Dia terpaksa melelong barangan peribadinya dan mengadakan pertandingan hari Krismas untuk menampung hutangnya.
9) JUDY GARLAND
Gabungan hutang cukai sebanyak beberapa ratus ribu dengan IRS dan tamatnya rancangan "The Judy Garland Show" menyebabkan bintang yang terkenal melalui filem "The Wizard Of Oz" ini menghadapi masalah kewangan yang berat. Dia meninggal dunia pada usia 47 tahun dalam keadaan berhutang akibat pengambilan ubat yang berlebihan secara tidak sengaja.
10) MICHAEL JACKSON
Selepas kematian Jackson
pada tahun 2009, media melaporkan bahawa Raja Pop itu memiliki hutang sebanyak
AS$400 juta (RM1.27 bilion). Untuk menguruskan Neverland Ranch yang menjadi
harta kesayangannya, Michael menghabiskan AS$35 juta (RM111.4 juta) untuk
memperbaiki semuanya, termasuk dua landasan keretapi, dua buah helikopter,
jabatan bombanya sendiri, sebuah zoo dan pebagai jenis permainan taman tema
yang dimilikinya. Jackson
juga memiliki 75 buah kereta dan seringkali membelikan hadiah mahal kepada
orang yang tersayang, seperti rantai bernilai AS$637,000 (RM2.02 juta) buat
Elizabeth Taylor. Dia juga membelanjakan lebih AS$25,600 (RM81,536) setiap
bulan untuk keperluan perubatan yang akhirnya menyebabkan kematiannya.
Bila Nur Menulis - Populariti tidak menjaminkan apa-apa!
Bila Nur Menulis - Populariti tidak menjaminkan apa-apa!
No comments:
Post a Comment