Nuffnang Ads

29 Jun 2012

Tips Untuk Rasa Lebih Segar


Setiap kali bangun waktu pagi, perkata pertama yang terlintas di fikiran ialah malasnya nak pergi kerja! mungkin bukan saya seorang yang berperasaan sebegini, namun begitu lah hakikatnya kan! Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?? jom kita baca bebeapa tips dibawah bagi  mengatasi masalah ini
3 tips untuk rasa lebih segar

Rasa tidak bersemangat untuk habiskan kerja yang tertangguh setelah seharian berada di pejabat. Dengan kerja yang tidak menentu , pasti badan akan berasa cepat penat dan letih.

Ikuti 3 tips ini untuk anda berasa lebih segar untuk bekerja dan menamatkan aktiviti harian anda! 

1) Curi masa untuk lelapkan mata




Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur di waktu malam secukupnya. Pada waktu tengahari curi masa setengah jam untuk segarkan tubuh badan kita yang pasti memerlukan rehat dari segi fizikal dan minda untuk menamatkan hari bekerja dengan produktif. 

2) Minum air bersama hirisan sitrus

Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas anda bangun dari tidur. Ini untuk mengejutkan metabolism anda untuk lebih bersemangat untuk memulakan hari anda. 

3) "Hirup" lebih cahaya

Pasti anda biasa melihat meja makan yang disusun di kebanyakkan rumah di luar negara pasti bersebelah dengan tingkap bukan? Bukan sahaja menjadi salah satu ruang dekorasi namun ianya mempunyai kelebihan jika kita bersarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur. Jadi cuba ubah sekali-sekala arah meja makan anda agar dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan diri anda.

Bila Nur Menulis - Sangat Berkesan!

26 Jun 2012

Ini lah kerja Pencawang Elektrik

Patut lah selalu blackout jer manjang dan aliran elektrik sentiasa tak cukup.....ini kerja diaorang rupanya......hahahahahahaha


Bila Nur Menulis - Asyik ketawa jer bila tengok....

Mari Menjaga Kesihatan

Jom kita semua mengamalkan tip-tip agar hidup kita lebih baik dan dapat beribadat dengan sempurna.
 
Tahukah kita dengan mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan? Isyaallah jika kita mengamalkannya, berat
badan kita akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk. (Bila sebut pasal mandi air sejuk, orang zaman sekarang semuanya pakai water heater kan)

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat  dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Bila Nur Menulis - Kita sebagai manusia kadang-kadang memang terlepas pandang akan sesuatu hal, sedangkan kita menganggapnya satu hal  yang kecil namun besar impaknya dalam kehidupan kita..........

20 Jun 2012

Seni Lukis Pada Cermin Kereta yang Berdebu

Lihat lah betapa kreatifnya mereka, debu-debu di kereta pun boleh dijadikan satu lukisan yang begitu cantik dan menarik, sungguh mengujakan
















Bila Nur Menulis - Saya tak pandai melukis, kalau tak abis kereta saya buat camni......

18 Jun 2012

6 Etika Pergaualan diantara Lelaki dan Perempuan Menurut Islam

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nur: 31)

2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31) Juga Firman-NYA; Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti kecemasan dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat kecemasan. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.

Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

 Bila Nur Menulis - Panduan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

17 Jun 2012

Jika Anda Dalam Kereta ini, Apakah Perasaan Anda??







Bila Nur Menulis - Hanya mampu berdoa kepada Allah

ISTIMEWANYA AZAN

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita
ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa?
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa..
Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '


Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan
berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang
berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang Mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa
sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan
Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak
dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya
sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini
dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum
alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan
di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India .

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka
waktu ini,

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan,

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara
Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah,
Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur
Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai
Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar

satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Bila Nur Menulis - Allahu Akhbar!

Inovasi Motorsikal

Begini lah rupanya bila motorsikal diubahsuai!!


























Bila Nur Menulis - Setia pada Modenass