Saya adalah peminat setia
siri siasatan ‘Criminal Minds’, dalam siri tersebut selalu Dr. Reid selalu menyebut
tentang pembunuh bersiri terkenal “Ted Bundy’ dalam membuat profil pembunuh. Berikut
serba sedikit informasi tentang Ted Bundy
Ted Bundy (Theodore Robert Cowell) lahir pada November
24, 1946, di Burlington ,
Vermont . Pada 1970-an,beliau telah merogol dan
membunuh wanita muda di beberapa negeri. Beliau telah dikait sekurang-kurangnya 36 pembunuhan,
tetapi ada yang berpendapat beliau telah melakukan 100 atau lebih
pembunuhan. Beliau telah dijatuhi hukuman mati di kerusi elektrik Florida pada tahun
1989 pada usia 42 tahun.
Beliau digambarkan seorang yang berperwatakan menarik, tampan dan tahap mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi Semasa kes perbicaraannya,
dia diibaratkan sebagai seorang selebiriti kerana tumpuan terhadapnya dan
kisahnya telah difilemkan dan juga dinovelkan. Cara dia menemui mangsanya ialah menghampiri mangsa di tempat-tempat awam dan pura-pura mengalami kecederaan atau hilang upaya,
atau menyamar sebagai seorang tokoh berkuasa, dia biasanya menyerang dan
membunuh mangsanya di lokasi yang lebih terpencil.
Ted Bund ketika di mahkamah
Wajah-wajah seorang pembunuh kejam
No comments:
Post a Comment