Nuffnang Ads

29 May 2012

KALAU SUDAH JODOH - BAHAGIAN IV


Empat hari selepas itu, Amran melangsungkan perkahwinanya dengan Anisah, hatinya benar-benar terguris, sepatutnya dialah yang berada di sisi Amran atas pelamin, sepatutnya dialah yang melayan tetamu dengan Amran, namunnya semua itu bukan miliknya lagi. Dia benar-benar pasrah, hatinya benar-benar terkilan.

Murni bagaikan tiada hati untuk pergi bekerja, dia sering termenung dan gemar menghabiskan masanya dalam bilik. balik dari kerja dia terus ke bilik, dia lebih suka termenung, puas mak nasihatkan dirinya, namun hatinya bagaikan hilang. Dia lebih suka melayan perasaannya sendiri, mengenangkan kisah bahagia bersama Amran. Hatinya benar-benar rindukan Amran.

Tiba-tiba mak menyerbu masuk ‘Murni, cepat keluar, ntah apa si Anis sedang marah-marah kat depan rumah tu’, ucap mak. Pantas mereka berdua keluar dari bilik, terdengar suara Anis sedang menjerit-jerit akan namanya.

‘Hei murni mana kau! Dasar perempuan tak tahu malu, nape kau kacau rumahtangga aku?!! Hei sudah lah tu Amran sudah jadi suami aku, tak usah lah kau berangan-angan nak kahwin dengan dia lagi’, jerit Anisah

Semua orang kampong berkumpul di laman rumahnya, bagaikan satu pesta pulak di rumahnya. Murni benar-benar malu dengan kejadian itu, memang dia ada berjumpa dengan Amran selepas 2 hari Amran menjadi suami Anisah, pertemuan itu pun kerana dia ingin memulangkan cincin pertunangan mereka.

‘Kerana kau Amran tak balik rumah tahu, tak balik rumah jengguk aku, kau memang perempuan perampas!!!!’, jerit Anisah tanpa segan silu.

‘Anis, bawak mengucap, siapa yang rampas siapa ni?,’ pujuk mak.

‘Mak Senah diam, baik Mak Senah jaga anak Mak Senah ni! Cakap dengan dia jangan kacau laki orang’, jerit Anisah. Mak bagaikan terpaku, malu mak dengan kata-kata anisah. Murni memeluk mak, terguris hatinya dengan kata-kata Anisah.

‘Sudah lah anis, balik lah, malu mak ayah kamu dengan perbuatan kamu’, pujuk mak lagi cuba menenangkan Anisah yang tengah naik angin. Tak lama selepas itu, Mak Nab datang dan terus menampar muka Anis. Kelihatanya dia benar-benar malu dengan perbuatan Anisah, hanya maaf sahaja yang keluar dari mulut Mak Nab kepada mak.

Anisah semakin tidak berpuas hati dengan keadaan itu, dia terus meluru ke arah Murni, niatnya untuk memukul Murni, tanpa diduga Anisah merempuh mak sehingga mak terjatuh dan kepala mak berdarah terkena bucu tangga, Murni menjerit sekuat hati, mak memegang kepalanya. Anisah terus terkedu dan semua orang terkejut, suasana petang itu gamat dengan jeritan Murni. Mak terus dibawa ke hospital untuk rawatan, namun mujur lah tiada apa-apa berlaku cuma gegaran di kepala saja kata doktor, luka di kepala mak dijahit,

Selang seminggu selepas itu, mak asyik merungut kepalanya asyik sakit dan deman berpanjangan, Murni yang risau dengan keadaan itu memujuk mak supaya ke hospital untuk rawatan susulan, yalah hatinya risau dengan kesihatan mak, mak saja lah yang dia ada, ayahnya sudah meninggal dunia, sekarang Amran pula sudah meninggalkan dirinya, mengenangkan itu hati Murni jadi bertambah duka.

Dua bulan selepas kajadian itu, mak meninggal dunia usai solat subuh, ketika itu Murni bersiap sedia untuk ke tempat kerja, dipanggilnya nama mak, namun mak tidak menjawab, ketika itu lah dia melihat ibunya terbaring diatas lantai. Murni benar-benar pasrah, mak meninggalkan dirinya dalam keadaan yang semakin tertekan. Sudah lah kasih terputus ditengah jalan, mak pula meninggalkan dia keseorangan. Disaat dia memerlukan sokongan daripada insan yang dia sayangi.

‘Mak apa lah nasib Murni mak’, ucap Murni tersedu-sedu.

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Armin Junaidi bergerak ke kiri dan kanan, terasa bahang dalam biliknya, bingkas dia bangun kuatkan aircond.

‘Ermmm dah 16 darjah pun tak sejuk, rosak ke apa?!’, rungut hatinya.

Armin Junaidi bersandar di tepi katil, mengingatkan kejadian tadi, hatinya gelisah,

“Murni tentu marah lagi dengan aku, reaksinya masih macam dulu’.

Murni, nama itu lah yang bertahta dihatinya selama ini, dia mula menyukai Murni ketika gadis itu dalam tingkatan 2, sedangkan dia di tingkatan 5, kelasnya yang mengadap kelas Murni membuatkan dirinya tidak senang duduk. Ingin dirinya melamar Murni untuk dijadikan kekasih hati, namun pesan ibunya, waktu sekolah jangan disia-siakan dengan cinta monyet, mengingatkan itu niat nya terbantut.

Niat hatinya ingin mendekati Murni selepas tamat SPM hancur sebaik saja mengetahui Murni bercinta dengan anak Cikgu Ali, pengetua sekolah rendah dikampungnya. Berita yang disampaikan oleh Megat membuatkan Armin kecewa, dia membawa hati yang lara dengan menyambung pelajaran ke Universiti di utara Malaysia dan terus bekerja di sana sebagai seorang consultant. Sejak dari itu dia cuma mengetahui cerita tentang Murni dari sahabat baiknya Megat.

Tapi Murni kena tahu cerita sebenarnya tentang Amran, tentang apa Amran buat dan lakukan’, bisik hatinya.

Macamana nak ceritakan hal sebenarnya pada Murni tentang Amran, kalau dia tahu mesti dia tahu yang aku buat benda betul’, bisik hatinya lagi.

Teringat kisahnya 3 tahun lepas, sewaktu itu dia dalam perjalanan balik ke kampong, sampai di pekan dia mendapat panggilan telefon dari ibu pejabatnya mengatakan pembekalnya ada disebuah hotel untuk berjumpa dengannya. Terus dia kesana dan terserempak dengan Amran bersama dengan seorang perempuan, mulanya disangkakan perempuan itu Murni, namun diamatinya perempuan itu adalah orang lain. Nasib baik ketika itu Amran tidak perasan akan kehadiranya, intim benar mereka berdua, apakah itu isteri Amran? atau rakan sekerja Amran? Hatinya tertanya-tanya.

Soalan itu terus dibiarkan berlalu, sehingga lah dia balik semula ke kampung, kali ini untuk bercuti panjang, orang yang paling gembira ialah ibunya, pantang saja nampak mukanya, mesti ibunya akan bertanya soal perempuan, Armin hanya mendiamkan diri saja, entah dalam hatinya belum terisi dengan mana-mana perempuan, cuma ada satu nama saja di hatinya.

Seingatnya petang hari ke dua dia dikampung, Megat rakan baiknya mengajak memancing ikan keli di sawah hujung kampung. Kecur lidahnya bila Megat menyebut masak lemak cili padi ikan keli, lantas bersetuju untuk pergi memancing. Sedang seronok mereka berdua melayan hasil tangkapan, tiba-tiba ternampak kelibat Anisah anak Tok Sidang kampung berjalan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke sebuah pondok di hujung sawah, tidak lama selepas itu, Amran pun sampai di pondok dan terus masuk ke pondok tadi, dia dan Megat berpandangan.

'Apa si Anis buat dengan Amran tu?', bisik Megat. 

'Ntah mana aku tahu, eh jangan-jangan?!!!

'Eh jomlah kita siasat apa diaorang buat', ajak Megat.

Mereka berdua menuju ke pondok kecil tempat pertemuan Anisah dengan Amran, terkejut betul mereka dengan kejadian yang tidak disangkakan itu. Lantas mereka mengambil keputusan untuk berganjak dari situ, malu benar mereka akan perlakuan dua manusia itu.

Amran adalah anak cikgu Ali, seorang yang amat dihormati dikampungnya, Anisah pula anak tok sidang yang memang terkenal dengan sikap suka menolong orang.

'Apa kita nak buat ni? tanya Megat.

'Aku tak bawak telefon, kalau tak kita boleh jadikan bukti pada orang tentang mereka berdua ni'.

'Abis tu takkan kita nak biarkan aje mereka berdua tu buat maksiat, aku rasa lebih baik kita laporkan hal ini pada tok Iman.

'Nanti dulu, kalau kita laporkan hal ini, sedangkan tiada bukti payah jugak, macam ni lah kau siasat dulu mereka berdua lepas ni kita boleh buat rancangan. 

'ermmmm kesian kat Murni, baru jer bertunang dengan Amran dah jadi camni', rungut Megat.

'Apa kau cakapkan ni Megat?!', terkejut Armin Junaidi dengan berita tak disangka-sangkakan itu.

'Oh aku tak bagi tahu kau, 2 bulan lepas si Amran meminang Murni, terus bertunang dan dengar kata nak nikah hujung tahun, yalah si Murni tu kan dah bekerja', panjang lebar ulasan si Megat.

Termenung seketika Armin Junaidi, macamana caranya hendak mengenakan Amran, sudah lah merosakkan anak dara orang lepas itu boleh pulak bertunang dengan Murni.

"Ini tak boleh jadi, kau tahu beberapa bulan lepas aku ada terserempak dengan Amran kat pekan dengan seorang perempuan, aku mulanya ingatkan itu isteri atau kawan kerja dia, mesra benar nampaknya,' cerita Armin Junaidi.

Mulut Megat ternganga, jadi betul lah gosip yang dia dengar selama ini, cerita dari budak-budak kecil yang sering bermain di tali air, kata mereka sering terserempak dengan Anisah dan Amran bersama.

Lalu perancangan disusun dengan teliti, Megat ditugaskan mengintip pergerakan Anisah dan dia akan mengintip pergerakan Amran, segala perancangan mereka dibantu oleh rakan-rakan mereka yang lain.


'Kesian Murni, kerana aku dia kehilangan maknya..........
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment