“Armin
Junaidi!?, murni terkejut. Dia benar-benar terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangkakan
ini. Rupanya orang yang selalu dihubunginya ialah musuh ketatnya.
‘Murni, ini lah
encik Amin, dia lah yang akan menggantikan tempat kami nanti, so kamu kena beri
kerjasama yang baik dengan encik Amin’. Berita itu bagaikan bom buat Murni,
hatinya bagaikan mendidih mendengar berita yang tidak disangka-sangkakan itu.
‘Oooooo…inilah
cik Murni yang selalu bercakap dengan saya dalam telefon tu, patut lah suara
sedap, orang nya pun cantik’, seloroh Encik Armin.
‘Wah! Lepas ni
boleh lah kita bekerjasama dengan baik ye cik Murni’, kata-kata Armin bagaikan
angin lalu ditelinganya, murni sudah kehilangan kata-kata, padahal sebelum ini
dia begitu teruja mahu berjumpa dengan encik amin, lelaki yang selalu
menghubunginya. Murni begitu selesa berbual-bual dengan encik Amin, mereka
bebas berbual apa saja topik dalam telefon. Encik Amin pula pandai berjenaka
dan sangat memahami, Murni begitu gembira apabila mendapat tahu bahawa encik
amin juga akan menghadiri majlis makan malam tersebut.
Asiah dan ain tersenyum
gembira, semua staff ATTSB bersalaman dengan Armin sambil ucapan tahniah dari
semua orang. Armin Junaidi tersenyum gembira, seakan-akan mengejek dirinya.
Sakit benar hatinya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya saat itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sampai sahaja di
rumah murni terus menangis semahu-mahunya, hatinya begitu kecewa. Dia merasakan
dirinya telah ditipu hidup-hidup oleh armin junaidi.
‘Armin Junaidi,
kau memang jahat! Sejak dari dulu sampai sekarang!’, jeri murni melepaskan
amarahnya. Kerana lelaki itu lah dia terpaksa berpisah dengan Amran, lelaki
yang dicintai sejak dari tingkatan 3, kerana Armin Junaidi lah dia terpaksa
berhijrah dari kampungnya ke Bandar, semua yang berlaku pada dirinya semua atas
sebab Armin Junaidi. Entah apa silapnya pada lelaki itu pun, murni tak tahu.
Murni menangis
lagi, kejadian hari tu seperti baru sahaja berlaku, sedikit pun dia tak pernah
lupa akan kejadian petang itu. Kerana Armin Junaidi, Amran ditangkap khalwat
dengan Anisah, anak tok sidang kampungnya. Kejadian itu berlaku ketika Murni
balik dari kerja, di satu selekoh untuk ke rumahnya terasa tangannya di tarik
secara tiba-tiba oleh seseorang.
‘Hei mari kau ke
sini, ikut aku cepat’, pantas tangan Armin menarik tangannya. ‘apa kau nak buat
ni setan! Lepaskan aku ’, jerit murni. ‘Baik kau diam, kalau tak aku tampar
muka kau’, ugut Armin. Murni terus terdiam, hatinya betul-betul takut dengan
kelakuan armin ketika itu.
Armin terus
mengheret tangannya ke pondok kecil tepi sawah tempat dia dan Amran selalu
bertemu. Mereka berdua bersembunyi dibalik rimbunan kecil. Tangan Armin kuat
memegang tangannya, ‘Ya Allah aku berlindung pada Mu, lindungi lah aku dari
perbuatan yang tidak elok, aku berserah pada Mu’, bisik murni berserah,
airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipinya. Takut benar hatinya ketika
itu, risau diapa-apakan oleh Armin.
‘Kau tengok
depan’, arah armin.
Anisah baru saja
menaiki pondok, hati murni berdebar-debar. ‘apa anisah buat dalam pondok tu,
amran selalu ada kat pondok tu!, entah-entah mereka nak perangkap amran tak!?’,
bisik Imrah kalut. Hatinya berdoa agar tiada sesuatu yang buruk berlaku pada
Amran lelaki yang baru menjadi tunangnya selama 3 bulan.
Selang 15 minit kemudian,
tok iman bersama orang kampung datang, lebih kurang sepulu orang, agak kecoh
suasana petang itu. Armin menarik tangannya supaya bangun dan bergerak ke
depan. Mereka bergerak ke depan, Armin tidak lagi memegang tangannya.
Dipandangnya wajah Armin, kelihatannya begitu puas hati dan bersemangat, turut
bersama di sana
Megat, anak Tuk penghulu kampungnya.
Sampai di pondok
kecil itu, kelihatan anisah sudah menangis, amran hanya tertunduk membisu,
tidak berani memandang ke atas. Murni memandang Amran untuk seketika mereka
saling berpandangan. Amran seakan-akan mahu berkata sesuatu tapi mulutnya
seakan-akan terkuni. Pilu benar hati murni ketika itu hanya Allah saja yang
tahu hatinya ketika itu.
‘ini kerja kamu
yea amran, rosakkan anak dara orang’, marah tok iman. Anisah terus menangis.
Murni hanya terdiam, dia masih terkejut dengan kejadian yang tidak
disangka-sangkakan itu. Selang 15 minit selepas itu tok sidang bersama isterinya sampai,
menangis-nangis mak nab sampai pengsan. Tok sidang kelihatan tenang, tak lama
selepas itu, mama dengan ayah amran sampai. Mereka kelihatan sangat terkejut
dengan kejadian tersebut, terus puan aini datang memeluk murni.
Armin Junaidi
tersenyum puas, akhirnya jerat dia mengena. Kalau tidak kerana kawan-kawannya
pasti rancangan itu tidak akan berjaya. Padan muka kau amran!, bisik hati
armin. Ini balasan untuk orang macam kau!.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Heboh satu
kampong cerita tentang tangkap khalwat Amran anak cikgu Ali dengan Anisah anak
tok sidang kampungnya. Keputusan telah pun dibuat oleh tok sidang dan cikgu ali
bahawa amran dan anisah akan dinikahkan dengan kadar segera. Malam itu Amran ke
rumahnya bagi menjelaskan perkara yang berlaku tadi.
‘Am kena fitnah
murni, Am tak tahu macamana anis boleh ada petang, tiba-tiba jer dia kat
belakang Am’, amran memulakan
cerita. Murni hanya mendiamkan dirinya.
‘ Am ke sawah
petang tu sebab ada orang telefon Am nak jumpa kat pondok tu, Am tak nak kahwin dengan anis, Am tak sukakan
dia, Am cintakan murni, jangan lah murni buat Am begini, cakap lah sesuatu
dengan am, jangan hukum am camni’, pinta Amran.
Murni menangis,
tidak sanggup mendengar kata-kata Amran padanya. ‘Murni pun sayangkan Am, murni
tak sanggup kehilangan Am’, sendu suara murni. Hatinya bagaikan disagat-sagat
dengan kejadian petang semalam. Marahnya pada Armin junaidi, lelaki itu lah
yang bertanggungjawab atas kejadian ini. Memang dia lelaki jahat.
‘Am janji, am
akan cari jalan selesaikan masalah ini, murni tunggu am yea’, pinta amran. ‘Murni
tahu am tak salah, ada orang cuba
rosakkan hubungan kita’, balas murni.
Keesokkannya
murni tidak pergi kerja, hatinya benar-benar berserabut dengan kejadian
semalam, jadi dia mengambil keputusan untuk
ke pekan kerana mahu bertemu kawan baiknya, zati, pertemuan mereka
berkisarkan kejadian yang menimpa amran, kekasih hatinya, baginya amran ada lah
mangsa dalam hal ini, perancang utamanya ada lah armin junaidi dan pelakonnya
adalah anisah. Murni sedar anisah dari dulu lagi sukakan amran, tetapi amran
tidak suka melayan perangai anisah yang berperangai keanak-anakan. Tetapi dia
tidak pasti dengan Armin, apa dendamnya terhadap amran sampai kekasih hatinya
itu diperangkap sedemikian rupa.
Mungkin semasa
ketiadaanya di kampong yang melanjutkan pelajaran di universiti, berlaku
pertelingkahan antara amran dan Armin junaidi, mungkin juga kerana perempuan
atau mungkin kerana Armin junaidi tidak puas hati kerana amran bercinta dengan
aku, tapi Armin junaidi tidak pernah menunjukkan minat terhadap dirinya.
Seingatnya amran tidak pernah menceritakan yang dia ada masalah dengan Armin
junaidi. Murni buntu, macamana jika amran terpaksa berkahwin juga dengan
anisah, macamana dengan dirinya?? Murni jadi takut untuk memikirkan perkara
itu.
Sejak malam itu,
Amran tidak lagi ke rumahnya, hatinya sedih, Arman baru tiga bulan menjadi
tunangannya setelah mereka bercinta sejak dari tingkatan 3 lagi. Lagi pun semua
orang sudah tahu bahawa dia dengan Amran bercinta, ibunya juga tahu, malahan
cikgu Ali dan Puan Aini merestui hubungan mereka, setelah dia tamat belajar dan
bekerja di Bandar kelahiranya, mereka berdua mengambil keputusan untuk
bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu.
2 hari selepas
kejadian itu, Amran dan Anisah dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinannya
hujung minggu itu. Hati murni begitu remuk. Anisah kelihatan begitu gembira
dengan perkahwinan ini. Hati murni sedih ‘mungkin amran gembira dengan
perkahwinan ini’, bisik murni.
‘Murni, yang
sudah tu sudah lah, jangan difikirkan sangat. Kalau jodoh kamu dengan amran tu
kuat, insyallah mak pasti kamu berdua mesti bersama’, pujuk mak.
‘Tak tahu lah
mak apa murni nak buat lagi mak, amran takder pun datang jumpa murni lepas hari
tu’, tutur murni. ‘mungkin dia suka berkahwin dengan anis kut mak, kut yea pun
datang lah jenguk murni mak, murni nikan tunang dia. Dia tak tahu ke apa yang Murni
yang rasa sekarang’, ujar murni lagi.
‘sudah lah
murni, mungkin amran ada banyak hal, dia kan
bekerja, murni sendiri kan
tahu. Sudah lah tu sayang minggu depan kan
murni nak balik universiti, pergilah kemas apa yang patut’, lembut bicara mak.
‘ermmmm, nanti
lah mak. Murni nak ke sawah jap, nak tenangkan hati’, pinta murni, mak hanya
mengangguk.
‘balik cepat yea’,
pinta mak.
Murni bersandar
di perdu pohon mangga, memikirkan masa depannya yang suram tanpa amran, tanpa
disedarinya ada sepasang mata sedang memerhati dirinya.
‘Assalamualaikum
Murni’,
‘Waalaikummussalam’,
balas Murni, mukanya mendongak ke atas, mata mereka saling bertentangan.
Bingkas murni bangun.
‘Murni, aku nak
cakap sikit dengan kau tunggu lah kejap’, Armin Junaidi menarik tangannya
sehingga terdorong ke belakang.
‘Hei sakit lah,
kau nape Armin?!’, jerit Murni.
‘aku nak kau
lupakan saja si amran tu, dia tak sesuai dengan kau dan tak sepatutnya dengan
kau,’ kata-kata armin junaidi membuatkan murni panas hati.
‘apa hak kau nak
cakap begitu, apa masalah kau sebenarnya?? Apa yang kau tak puashati dengan
amran??!! Bertubi-tubi soalan murni pada Armin junaidi.
‘Itu kau sendiri
kena tanya dengan Amran’, balas armin junaidi.
‘Aku tanya kau,
kau yang perangkap amran, kau yang suruh anisah pergi pondok tu kan??!! Sebab kau tahu
amran selalu ke sana kan. Mengapalah hati kau busuk sangat
armin’, balas murni.
‘Engkau kan tahu aku dengan
amran sudah bertunang, kenapa kau buat begitu??!! Kau dengki dengan kami ke??’,
airmata murni terus mengalir. Hatinya tak mampu menahan semua itu.
‘Murni, kau
dengar sini’, Armin cuba
menarik tangan murni dan secara tak sengaja murni menampar muka armin junaidi.
Pang!! Murni
terkedu, Armin junaidi terkejut. Tidak sangka murni bertindak sedemikian. Murni
terus berlalu pergi. Sedih dirinya diperlakukan sedemikian rupa oleh Armin
junaidi.
Sampai di rumah,
Murni mengesat airmatanya agar tidak diperasan oleh mak, dengan perlahan-lahan
Murni naik ke rumah. Kelihatan di ruang tamu ada Cikgu Ali dengan Kak Ida,
kakak Amran.
‘Murni, mari
sini kami ada hal nak bagi tahu ni’, panggil kak Ida. Mak kelihatan sugul, Cikgu Ali diam. Agak lama mereka berdiam
diri, kak Ida mencuit tangan ayahnya, cikgu Ali bagaikan terkejut, perlahan-lahan
nafasnya ditarik.
‘Murni, pakcik
tahu kamu dengan Amran sudah bertunang, tapi Amran dengan Anisah akan berkahwin
hujung minggu ini, jadi pakcik rasa elok lah kami datang, dulu kami datang cara
baik meminang Murni, kini pun kami datang cara elok untuk lepaskan Murni’,
kata-kata Cikgu Ali membuatkan Murni menangis tersedu-sedu.
Kak Ida datang
memeluk Murni ‘maafkan kami yea Murni’, ujur kak Ida.
No comments:
Post a Comment