Nuffnang Ads

29 May 2012

Anjing Lahap Baham Mayat


Diratah anjing

KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.

 DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.

Itu antara petikan dalam harian metro keluaran 29.5.2012 tentang serangan anjing liar. Makin menjadi-jadi pulak sekarang ni dengan kes macam ni, rasa macam dah tak selamat lagi nak keluar rumah, dengan kes rompakannya, samun dan rogol.

Berikut beberapa kes terkini yang membabitkan serangan Anjing di Negara kita:

4 Mei 2012 – Seorang warga emas, Yip Sin Hua, 74 tahun yang sedang berjogging maut selepas diserang anjing peliharaan yang terlepas dari rumah seorang penduduk di SS19/5B Subang Jaya, Selangor.

18 Mac 2012 – Seorang kanak-kanak parah selepas diserang seekor anjing yang terlepas daripada kandang ketika menunggang basikal di lorong Perda Timur9, banda Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

23 Januari 2012 – Niat seorang surirumah ke rumah jirannya untuk meminta daun kesum bertukar tragedy apabila dia cedera diserang oleh anjing peliharaan jiranya hingga menyebabkan dia cedera di Taman Sri Duyong, Melaka.

3 Disember 2011 – Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain basikal baru yang dihadiahkan bapanya bertukar tragedy apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga anjing didepan rumahnya di Taman Kinrara.

26 Mei 2011 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang menyambut hari lahirnya, maut selepas hamper 16 jam dimasukkan ke ICU Hospital Ranau, Sabah kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

15 April 2011 – Seorang surirumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersia-siar di kawasan perumahan Taman Tambun Indah, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Berikut adalah 3 jenis anjing yang selalu dikatakan menyerang manusia di Malaysia.

 

Anjing jenis German-sheppard mempunyai tubuh yang sederhana dan padat supaya ia boleh belari dengan pantas, sedikit tenang dan mempunyai deria bau yang kuat. Di gunakan sebagai anjing pertahanan, anjing gembala, dan anjing pengawal. Ia yang mudah di latih ini dikatakan berasal dari baka serigala liar. German Shepherd sangat curiga pada orang asing. Di negara Jerman anjing ini di gunakan untuk menjaga ternakan.



Anjing jenis Pitbull Terrier biasanya berwarna hitam, jenis mendengar kata tetapi bersifat menyerang apabila bertemu anjing lain dan manusia yang tidak di kenalinya . Anjing ini dikatakan mempunyai susuk badan yang tinggi dan jenis ini sangat suka bertarung.

 

Anjing jenis Rottweiler dikatakan antara anjing yang paling cerdas. Sangat garang, patuh pada majikan dan akan menyerang sekiranya ada yang menceroboh kawasan jagaannya. Ia mempunyai deria bau yang kuat dan di gunakan oleh pihak polis untuk mencegah jenayah. Susuk badan berdiri yang besar dan berat antara 70 dan 120 pound. Anjing jenis ini tidak akan berhenti menyerang sekiranya tidak mendapat arahan berhenti dari tuannya.

Bila Nur Menulis – Jaga keselamatan diri dan anak-anak bermain terutamanya jika kita tahu di kawasan tempat tinggal kita ada anjing jenis diatas.

No comments:

Post a Comment