Nuffnang Ads

22 May 2012

PERMINTAAN TERAKHIR

 SInar mentari perlahan2 tenggelam lalu mengusung malam yang pekat. Gema azan di surau gemersik berkumandang.  Beberapa orang anak2 kecil laju berkayuh basikal menuju ke rumah Allah itu.

“ Laila, abang ke surau. Lepas itu mungkin terus balik ke KL.  Laila kaku berdiri di tepi  jendela tanpa sedikitpun menghiraukan sapaanku. Fikirannya dilemparkan jauh ke dalam suasana kelam malam itu. Entah di  mana pandangannya itu jatuh langsung tidak tertafsir menerusi gerak matanya yang jarang berkerdip. Sekali sekala dia melepaskan keluhan berat.

“Laila” .
Laila berkalih. Wajahnya pucat. Dia menilik wajahku dengan pandangan kosong. Matanya yang merah segera dilarikan kearah luar jendela. Pandangannya kembali melayang jauh ke hamparan sawah padi yang menguning dalam samar malam itu.

“Abang tak tidur sini. Abang kena balik ke KL. Nanti apa pula kata orang kampung. Abang bukan sesiapa lagi untuk terus tinggal di sini, apatah lagi belum ada ikatan dengan Laila.” Suaraku datar.
Tidak terdaya sebenarmya untukku melawan takdir. “Abang nak ke mana?” Sapanya acuh tak acuh.
“Abang mungkin pulang ke KL secepat mungkin. Sebelum tu, abang akan singgah sebentar ke rumah saudara2 Laila.” Laila mengangguk saja, membiarkan aku berlalu.
Ah, Laila!!

Benar, ia ujian yang berat buat gadis itu. Mamanya pergi saat Laila membawa berita gembira di hari konvokesyennya. Sehari sebelum pemergian ibunya, Laila gembira saja dan benar2 ingin melepaskan rindu demi melunaskan pengajiannya di Australia. Rumah mama Laila dipenuhi orang ramai sebaik kami tiba dari Kuala Lumpur. Laila meluru ke ruang tamu. Ketika itu, mama sudah terbujur kaku dalam balutan kain putih. Wanita itu telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

Amanat mama Laila segera diperdengarkan oleh papa Laila. Wasiatnya meninggalkan seluruh hartanya kepada adik-beradik Laila. Satu lagi permintaan mama kepada kami. Perkahwinan!.

Wasiat itu membawa khabar lara buat Laila, juga terkesan di hatiku. Segalanya seperti tidak mungkin. Aku sudah lama mendiamkan diri lalu memaklumkan pada Laila tentang Hazra, gadis sepejabat yang kudamba yang baru ku kenal sejak aku memasuki alam pekerjaan. Kerana Hazra, cintaku pada Laila beralih. Apatah lagi, aku memungkiri janji segala janjiku pada Laila untuk mengahwininya setelah sekian lama menjalani indah musim cinta bersamaku. Kami kerap bergaduh kerana masing2 terlalu sibuk. Pernah berkali-kali Laila memarahi diriku kerana tidak memahami dirinya. Aku memendam perasaan dengan kata2 Laila. Dalam diam aku menyimpan dendam dan rasa. Aku memilih akan mengakhiri percintaanku bersama Laila dengan perkahwinanku bersama Hazra.

“Fikirkanlah Husin. Kelak kamu akan bahagia dengan adanya restu keluarga. Jika kamu berdiam diri begini mungkin kamu terpisah terus”, nasihat papa Laila. Menerusi sinar mata papa  itupun aku tahu dia berharap agar aku dan Laila memenuhi permintaan arwah mama.

“Kita yang mencipta hakikat itu lalu tidak salah jika kita mengubahnya. Kalau Laila tak mahu, abang akan berusaha memujuk papa agar permintaan ibu tidak perlu kita tunaikan.” Suaraku datar. Laila melepaskan keluhan berat. Matanya masih berkaca. Lembut hatinya tidak bias menahan rasa sebak. Di bahuku, dia melepas tangis.

Aku diam. Jika tidak kerana wasiat itu, mungkin aku tidak layak menemani hari2 seorang gadis bernama Laila. Resah dan rasa kalah sering menaungi hati lalu menghumban aku ke daerah sepi. Kerana itu juga aku bertindak menafikan cinta yang sudah lama berputik buat Laila kerana kemarahanku.

“Mana mungkin kita mampu meneruskan perkahwinan ini. Hazra telah menunggu abang. Maafkan abang. Laila bukan pilihan abang dan abang tahu, diri abang  tidak dapat menjaga Laila.

“Tak abang. Laila dah lakukan yang terbaik untuk abang. Laila amat mencintai diri abang selama ini. Selama ini perasaan Laila hanya ingin mendambakan kasih sayang abang untuk menyayangi Laila. Abang terlalu mendambakan Hazra sedang Laila yang berhak untuk itu semua.”

Bergetar hatiku mendengar pengakuannya namun segalanya seakan terlambat. Telah kujanjikan pada Hazra untuk mendatangi keluarganya dengan rombongan peminangan. Aku ketawa kecil. Ya, dia seorang calon isteri yang ideal tapi dia tercipta bukan untukku. Dia seorang calon isteri yang taat, menurut segala permintaanku tapi aku tidak pernah mengharap agar dia terus melayari bahtera tanpa haluan ini. Terkadang hatiku terusik dengan perhatiannya namun lekas kuhindar perasaan aneh yang menyelinap perlahan ke dalam hati.

Aku akui, aku mula mencintai segala yang ada pada Laila tapi entah mengapa permintaan Hazra seperti mencengkamku. Poligami bukan pilihannya. Dia tidak akan sanggup bertolak ansur dalam merebut kasihku. Kata Hazra, dia tidak mahu mengulangi kesilapan bondanya yang membenarkan poligami. Poligami merebut kasih ayahnya dan membesarlah dia tanpa kasih seorang ayah.
Aku terlempar ke lembah di lema. Memilih hanya satu daripada dua pilihan sememangnya sukar dan menyakitkan.
“Kita berpisah.” Abang tetap akan tinggalkan Laila dan kita akan berpisah. Terimalah hakikat ini, Laila. “pinta Husin.”
“Sekalipun Laila tak pernah menuntut janji itu?” Perlahan suara Laila melintasi pendengaranku. Soalannya membibit resah di hatiku. Hari ini, sudah 3 tahun berlalu, dia tiba2 mahu memulakan sesuatu yang baru, menemukan cinta terhebat pada jurang kami.
“Laila yang terbaik untuk abang tapi mana mungkin Hazra mampu menerima poligami dalam hidupnya.” Laila terdiam. Sesungguhnya aku tahu dia terluka tapi aku harus memilih satu antara dua.
“Usah tamak merebut cinta abang.”
Hatiku seakan tidak tersentuh. Tidak mungkin Laila mampu menang di hatiku sedang Hazra sudah menantiku dan impian kami perlu dilaksanakan.

Walaupun begitu Laila seorang gadis yang baik, menjaga adab lakunya dan menitik berat setiap kebajikanku sebagai teman hidupnya sekalipun aku tidak pernah berlaku adil padanya apatah lagi menjalankan tanggungjawabku untuk menghargainya setiap masa. Aku hanya bias membandingkannya dengan Hazra. Pada Hazralah aku menangkan segalanya sehingga kerap kali kulihat kolam mata itu bergenang air jernih.

Hazra kutemui dengan sebentuk cincin. Sayangnya Hazra telah jauh berubah. Setelah lama menanti janjiku, kasihnya bertukar dendam. Lamaranku ditolak demi melunas dendamnya.

Katanya aku tamak merebut cinta. Katanya lagi, dia bukan bodoh untuk menjalani hidup dengan lelaki yang pernah mengasihi kekasih terdahulu iaitu Laila, selain dirinya. Dia mahu aku merasa sakitnya perpisahan.

Begitu perih, menghirishalus sekeping hatiku. Dalam luka begini aku khayal menerobos hati Laila, kekasih hatiku dulu yg pernah kucintai. Betapa terlukanya dia di atas perpisahan yang kuciptakan ini. Betapa kejamnya aku melukai hati yang selama ini mendamba aku hadir bukan sekadar kekasih tetapi sebagai suaminya kelak.

Setelah bersendirian, aku merasakan begitu asing. Anehnya Laila yang dulunya pernah terpaut di hatiku amat kurindui tiba2. Laila kulewati dengan kekesalan. Aku ingin kembali padanya, menjalani semula hari lalu yang tersia kerana butanya aku menilai erti cinta. Akan kukhabarkan tentang rasa hatiku yang bergelora rindu dan akan kuhimpun segala kemaafan untuk kupersembahkan padanya.

Ketika keretaku melewati laman rumah Laila, hatiku semakin berbunga mekar. Impianku, Laila akan muncul di muka pintu sambil tersenyum.

“Papa.” Aku bersalaman dengan papa. Tidak selalu kedatanganku ke kampung kali ini disambut oleh wajah papa yang tidak lagi berseri. Wajah orang tua itu keruh. Aku  tahu, berita perpisahan kami mungkin telah didengari papa dan ia mencarik hati orang tua itu namun telah kukhabar juga melalui telefon sebelum dating ke sini tentang hasratku ingin mengambil Laila sebagai isteriku yang sah.
“Laila…?” Aku menjenguk-jenguk ke dalam rumah.
Papa tertunduk. Air matanya menitis perlahan menuruni pipi yang sudah berkedut itu.
“Laila tiada. Dia dah pergi. Allah lebih sayangkannya melebihi apa yang ingin kamu tebus. Sayang tuhan melebihi sayang kamu padanya,” suara papa parau. Aku terpempan longlai lututku untuk terus berdiri, remuk hatiku untuk mengakui hakikat ini!. Terasa alam menjadi sunyi sepi seketika. Pandanganku turut menjadi kabur dan aku rebah.

 -buat pedoman-

No comments:

Post a Comment