Nuffnang Ads

21 May 2012

KALAU SUDAH JODOH - BAHAGIAN II

Suara azan yang mendayu-dayu mengejutkan Murni dari lenanya, dah subuh rupanya. Kedinginan pagi dirasakan begitu menusuk ke tulang hitamnya. Lantas tangan teraba-raba mencari selimut.

‘laaaaaaa tido kat lantai rupanya aku, patut lah sejuk semacam jer’, pantas mulutnya bicara. Mengingatkan yang dia belum bersolat, dia terus bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dan bersolat.

Usai bersolat, dia terus bersiap sedia untuk ke pejabat, hari ini banyak benda yang perlu diselesaikan, minggu depan Majlis makan malam akan berlangsung. Malas betul rasanya nak ke pejabat, diikutkan rasa hatinya berat sungguh hendak melangkah ke pejabat, mengenang kerja yang bertimbun, terpaksalah dikuatkan hatinya demi kerja. Tepat jam 8.15 pagi, murni sudah berada ditempat kerjanya. Usai bersarapan dia terus memulakan kerjanya, banyak urusan perlu diselesaikan sebelum majlis makan malam itu.

Puan Rosi dan Mr. Harjit ke kedah hari itu, entah urusan apa pula pun tak tahu lah, sejak 6 bulan lalu, mereka berdua terlalu sibuk benar nampaknya, asyik berulang alik dari Shah Alam ke Kedah. Macam ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka berdua.

‘Mr.Harijit tu dah, larat lagi yea dia berjalan ke sana ke mari,’ bisik hari Murni.

Petang itu, mereka semua bergotong royong menyiapkan hadiah dan hamper untuk majlis makan malam nanti, sesungguhnya padaa malam itu mereka harus bersedia melayan karenah jemputan seramai 200 orang. Petang itu juga mesyuarat diadakan di antara staff ATTSB yang seramai 10 orang, masing-masing telah diberikan tugasan tertentu.

Kak munah dan Ain ditugaskan sebagai penyambut tetamu, En. Sulaiman sebagai emcee, Mr. Moses dan Mr. Daniel sebagai jurucakap,  Asiah pulak sebagai penyedia cenderamata.

‘Din dengan Rahim, jaga bahagian elektrikal dan mechanical, Laila pulak arrange pasal makan, aku pulak uruskan semua benda, banyak juga nih’, guman murni.

‘Ramai juga tetamu yang nak datang, 200 orang termasuk orang dari kedah, adohai,  kak Munah yang sorang tu pun aku dah surrender, ini kan pula 200 orang’, guman murni.

‘Hai tak sabar rasanya nak jumpa En.Amin, orangnya mesti handsome sebab suaranya sedap’, Murni bermonolog sendirian. Dia tersenyum girang kerana 2 hari lepas En. Amin yang akan turun ke Shah Alam atas urusan kerja juga hadir ke majlis tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua tetamu sudah berada dalam dewan, termasuk tetamu terhormat dari kedah, murni belum sempat berkenalan dengan para tetamu kerana sibuk menguruskan hal-hal belakang tabir. Ada masalah sikit dengan lampu, kata Rahim, lantas Murni bergegas berjumpa dengan pihak pengurusan Hotel untuk menyelesaikan masalah sebelum majlis bermula.

‘Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, mintak-mintak lah takder masalah’, bisik hati Murni.

Tepat jam 8.00 malam, En.Sulaiman yang menjadi hos malam itu begitu menghiburkan sekali dengan celotehnya, murni terus ke meja makan yang dikhaskan untuk pekerja-pekerja ATTSB. Asiah dengan kebaya merah, Ain yang berbaju kurung kuning air kelihatan sedikit terganggu, ‘oh patut lah duduk sebelah kak munah, tahan jer lah telinga kau ain’, bisik murni lagi.

‘Murni, tadikan ada orang dari kedah tau, handsome kau tahu,’ bisik Asiah.

‘yea ke, siapa orangnya??’,

‘ntah lah Puan tak sebut pulak sapa namanya, Cuma dia kata staff dari kedah jer, hehehehe handsome kau,’ beria-ria benar si Asiah bercerita.

‘Mana ada pekerja di Kedah, pandai-pandai lah kau ni’, bisik Murni.

‘Mana lah aku tahu, Puan yang beritahu camtu, tapi kan handsomenya dia’, tungkas Asiah.

Laila yang memerhati dari tadi Cuma tersenyum melihat gelagat Asiah. Kak Munah masih lagi tak berhenti bercakap, Ain kelihatan agak tidak selesa dengan suasana itu.

‘Kak Munah oi, sudah lah tu bercakapnya, kesian dekat Ain tu dari tadi lagi saya tengok muka dia camtu’, tiba-tiba Asiah bersuara. Kak munah terus terdiam. Masing-masing terkejut dengan sindiran Asiah pada Kak Munah. Memang Asiah suka cakap lepas.

“hish apa kau ni Asiah, jaga lah sikit mulut tu’, balas Laila.

‘Biar lah aku kesian tengok si Ain, Kak Munah tak habis-habis bercerita, penat ooooo’.

Terus mulut kak Munah tertutup, Ain kelihatan lega.

 Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar, penat lelah mereka dalam menjayakan majlis tersebut begitu berbaloi.
Usai majlis makan malam sudah habis, semua staff ATTSB kelihatan begitu gembira, yalah perancangan selama sebulan membawa kejayaan yang cukup bermakna buat mereka. Pertama kali syarikat mereka mengadakan majlis sebegini.

‘syok lah murni kalau setiap tahun camni’, bisik Ain

‘memang lah kita yang syok, tapi bos kita tu syok ke??’, balas ku.

Kami berdua saling berpandangan dan tersenyum. Asiah datang dan memanggil kami berdua masuk ke dalam dewan. Ada hal penting katanya.

‘Ok semua saya ada satu pengumuman penting untuk kamu semua pada malam ini’, Puan Rosi bersuara.

‘Seperti yang kamu tahu, Mr. Harjit sudah berusia 70 tahun, sudah lebih dari 30 tahun dia bersama kita, jadi dia telah membuat satu keputusan untuk bersara. Saya sendiri pun dah berusia 56 tahun, sudah tidak kuat untuk mengendalikan syarikat ini lagi,’ kata-kata Puan Rosi membuatkan mereka semua tidak senang duduk.

‘Jadi puan mahu tutup syarikat ini ke?? Kami semua macam mana??’, Din bersuara.

‘Itu lah yang saya fikirkan dengan Mr.Harjit, ingat mulanya saya nak tutup sebab ahli keluarga kami semua tak berminat dengan bisnes ini. Tapi kamu semua jangan bimbang, saya tidak akan berbuat demikian, kamu semua tetap ada pekerjaan’, balas Puan Rosi.

Mr. Harjit yang memerhati dari tadi bersuara.

‘This company already taken over by Garuda land from Kedah, so you all still have jobs here’,  kata-kata dari Mr.Harjit membuatkan semua staff ATTSB tersenyum.

‘Oklah, ini saya nak perkenalkan boss baru kamu, dialah yang akan menguruskan hal ehwal di sini, saya harap kamu semua memberi kerjasama penuh kepada En. Amin Junaidi.

Murni terkejut, bagaikan bom baru saja meletup di saat Puan Rosi menyebut nama itu.

No comments:

Post a Comment