Faktor Pelajar
Terjerumus
- Pengaruh kawan atau
rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
- Remaja atau pelajar
yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
- Direkrut secara paksa
oleh ahli-ahli kongsi gelap.
- Mereka yang kurang
mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.
Langkah
Pencegahan
- Semua pihak memainkan
peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di
sekolah: pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
- Orang ramai bekerjasama
dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang
tidak sihat.
- Ibu bapa atau penjaga
hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli
keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
- Menggalakkan
mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah
seterusnya kepada polis.
- Ibu bapa atau penjaga
hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau
polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan
ahli keluarga mereka.
- Pelajar jangan bergaul
dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau
mencurigakan.
- Pelajar hendaklah
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan,
aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
Bila Nur Menulis - Anak-anak sekarang makin berani, namun salahkah ibubapa jika anak-anak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral sedangkan ibubapa sudah memberi kasih sayang dan perhatian yang cukup??
No comments:
Post a Comment