Tempat di mana
kecurian kerap berlaku
- Tempat letak kereta
awam
- Kompleks membeli-belah
- Di hadapan rumah, tepi
jalan raya
- Tempat letak kereta di
hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
- Tidak dikunci
- Tiada kunci tambahan
- Meletakkan di tempat
yang terpencil atau gelap pada waktu malam
- Meninggalkan barang
berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
- Pastikan kereta
dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
- Memasang kunci tambahan
untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
- Sentiasa meletak kereta
di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang
terang berlampu
- Pastikan anda
berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan
anda untuk diservis
- Jangan serahkan kunci
kepada 'Jockey' kereta
- Adalah lebih baik untuk
menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
- Bersiap sedia dengan
kunci kereta apabila menuju ke kereta.
- Elakkan meletak
kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau
bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri (terlindung dari pandangan
orang)
Bagaimana mencegah kecurian motosikal
- Letak motosikal
ditempat yang dikhaskan.
- Pastikan anda mengunci
motosikal ketika meninggalkannya.
- Letakkan di tempat yang
mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
- Rantai dan kunci
tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
- Pasangkan alat penggera
kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada
bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
Bila Nur Menulis - Pernah hilang motorsikal, rasa macam patah kaki nak ke mana-mana!!
No comments:
Post a Comment