Adakah ia benar-benar related dengan sikap dan peribadi anda?
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan. |
|
A
|
Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan
selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan
mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun
begitu marahnya mudah reda.
|
B
|
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat
setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
|
C
|
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang
menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam
bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
|
D
|
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar
mempercayai orang lain.
|
E
|
Pandai dan penuh pertimbangan dalam
menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain
terluka.
|
F
|
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah
dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.
|
G
|
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya
mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
|
H
|
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak
pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
|
I
|
Suka memendam perasaan dan permasalahan.
Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka
menangis.
|
J
|
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan
dan tidak tegas.
|
K
|
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria
walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
|
L
|
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai
kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat
berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa. |
M
|
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka
tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
|
N
|
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka
suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
. |
O
|
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan
permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
menggapnya sombong dan suka memilih teman.
|
P
|
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya
banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
orang lain.. Agak pendendam dan boros.
|
Q
|
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka
meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah
emosi.
|
R
|
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun
dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
|
S
|
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
meledak-ledak.
|
T
|
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan
sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
|
U
|
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif
baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
|
V
|
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai
meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
|
W
|
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat
menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan
kelembutan.
|
X
|
Budi
pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan
tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
|
Y
|
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang
baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
|
Z
|
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
|
No comments:
Post a Comment