Nuffnang Ads

2 Oct 2012

Lima Fakta Menarik Tentang Rambut Beruban

Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat kita. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan. Ada yang di usia muda rambut sudah pun beruban, hal ini mungkin disebabkan oleh masalah genetik.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.


Berikut 5 fakta tentang berlakunya uban:

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.

2 Aug 2012

JANGAN BIARKAN AKU MENANGIS LAGI ~ 1

Bab 1:

‘Aku terima nikahnya Nur Imrah Binti Nordin dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai’.

Airmata Imrah mengalir tanpa berhenti-henti, menangis bukan kerana gembira tetapi kerana mengenangkan nasib dirinya yang tidak habis-habis di timpa ujian yang Maha Esa. Masakan tidak, hatinya gusar kerana menjadi isteri kepada seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Tentunya setiap gadis menginginkan majlis pernikahan yang gemilang bersama dengan insan yang dikasihi, berbaju pengantin putih bersih diserikan dengan kedatangan suadara mara. Ini tidak dia dinikahkan dalam keadaan yang memalukan hanya dengan berpakaian tidur. Mengenangkan itu, Imrah terus menangis tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

Lelaki yang tidak diketahui namanya datang menghukurkan tangan, Imrah kaget. Dengan hati yang cukup berat tangan suaminya di kucup tanpa rela hati, airmatanya tumpah lagi. Selepas itu mereka berdua diberikan syarahan yang pendek oleh iman Taman Cendana, masing-masing berdiam diri, Suhana dan Atikah yang masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa rakan serumah mereka hanya berdiam diri, mereka masih lagi kabur dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Mereka terkejut bila balik dari tempat kerja kerana rumah sewa mereka di penuhi dengan orang, risau hati mereka takut-takut ada kecurian di rumah mereka, namun sangkaan mereka meleset sama sekali. Tidak di sangka pula kes ini berlaku. Sudah lah mereka sering dipandang serong oleh jiran-jiran kerena sering balik lewat malam, berlaku kejadian seperti ini menambahkan lagi rasa benci jira-jiran terhadap mereka. ‘Ini tidak boleh jadi!’, bisik Suhana, selaku ketua rumah, dia mesti bertindak.

Imrah masih lagi menangis, kali ini tangisannya semakin perlahan tidak lagi sekuat tadi, lelaki tak bernama itu hanya mampu memandangnya. Mereka berdua saja yang tahu apa yang terjadi.

Imrah ditemani dengan lelaki tak bernama balik ke rumah sewa, sampai di sana beg lengkap dengan pakaian sudah menunggu di luar rumah. Imrah terkejut, Lelaki tak bernama itu juga terkejut.

‘Imrah, ni barang-barang kau, aku fikir elok lah kau keluar dari rumah ni’, arah Suhana.

Mendengar kata-kata itu terus Imrah menangis, lelaki tak bernama hanya diam membisu.

‘jangan lah layan Imrah camni kak, Im tak tahu nak pergi mana lagi kak’, rayu imrah.

‘Kau dah malukan kami Im, lagi pun kau dah kahwin dengan orang tu, aku rasa elok lah kau ikut dia Im,’ Atikah menambah.

‘Sudah lah Im, kami dah penat, dah malu dengan perbuatan kau, kerana kau semua orang kat taman ni memandang kami dengan serong, sudah baik kau pergi sekarang Im’, kata-kata Suhana membuatkan Imrah terus terasa hiba.

Kali ini dia terus menangis semahu-mahunya, Suhana terus menutup pintu rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Ingat dia isteri kamu yang sah, tidak kira macam mana sekali pun kamu kahwin dengannya, kebajikan diri nya harus di jaga’. Kata-kata tuan Iman tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga nya.

Lelaki tak bernama tu mengaru-garukan kepalanya, pening dengan masalah yang timbul. Masalah dengan kakaknya masih belum selesai ditambah pula dengan masalah terbaru, adui haru biru hidupnya kini.

Hendak di letakkan dimana isteri yang baru dinikahinya, yang baru saja dikenali namanya. Apa yang hendak diberitahu pada kakaknya tentang isterinya itu. Aduh pening betul kepalanya, tidak disangka-sangka malam tu dia menjadi suami orang. Isteri yang baru dinikahinya itu berada di sebelah, hanya berdiam diri sejak dari mereka berdua dalam kereta, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu ditanya. Kepalanya ligat memikirkan mana hendak di letakkan isterinya ini malam ini.

‘Imrah, malam ni saya tinggalkan awak kat hotel dulu yea, saya mintak maaf sebab tak boleh nak bawak awak balik ke rumah lagi, saya harap awak faham’, ucap lelaki tak bernama tu.

Oh yea,  nama saya Muaz Zainuddin, awak boleh panggil saya Muaz jer’, lelaki itu menambah lagi. Imrah hanya membisu, langsung tiada jawapan yang keluar dari mulut, pening memikirkan nasib dirinya.  

‘Hai perempuan ni, aku bercakap  dengan dia, boleh buat tak tahu pulak’, rungut Muaz.

Imrah ditinggalkan di lobi hotel Seri Malaysia, Muaz sudah bergerak pulang, kepada Imrah Muaz berjanji akan menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Mereka akan berjumpa lagi esok untuk berbincang lebih lanjut tentang diri mereka. Tepat jam 3.00 pagi, Imrah sudah berada dalam bilik hotelnya, inilah pertama kali dia tinggal dihotel, segala kelihatan agak kekok.

‘Tak sangka aku sudah jadi isteri orang’. Dengan orang yang aku tak kenal pulak tu, masin mulut mak kiah’, rungut Imrah.
______________________________________________________________________________________

Bab 2:

Hatinya terlalu rindu pada Aisyah, sudah 10 hari dia tidak bertemu dengan kekasih pujaan hatinya, dalam kepalanya sudah ada merencanakan untuk kejutan untuk Aisyah. Coklat buatan Australia ada di tangannya. Hatinya riang benar, bunga ros pink sudah ada ditangannya.

Tepat jam 11.30 malam Muaz sampai dirumah sewa Aisyah, Muaz terus memarkir keretanya di seberang jalan, di tangannya ada bungkusan hadiah, coklat dan bunga ros berwarna pink seratus kuntum. Dia tahu Aisyah sangat menyukai ros berwarna pink, demi wanita itu dia sanggup berbuat apa saja, asalkan kekasih hatinya gembira.

‘Kereta ada kat rumah, mesti aisyah ada’, bisik muaz.

Berulang-ulang kali Muaz mengetuk pintu pintu rumah sewa aisyah, namun tiada sebarang jawapan dari dalam rumah. Muaz kehairanan kerana lampu ruang tamu masih lagi bernyala dan ada bunyi televisyen. Dia hairan. ‘mana pergi Aisyah ni, kereta ada kat rumah, takkan dah tido kut, telefon tak berjawab pulak.

Dengan tak sengaja tangan terpulas tombol pintu, terbuka! Ya Allah diaorang ni tak kunci pintu, karang ada pencuri masuk pulak karang. Pintu terbuka, Muaz cuba mengintai-intai dari luar rumah, tiada orang, bisiknya lagi.

Ntah kenapa kakinya ringan sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sewa aisyah, matanya melilau mencari kelibat manusia dalam rumah tu.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan berpakaian tidur di depan matanya tanpa perempuan itu menyedari ada seorang lelaki yang bukan mahram dalam rumahnya. Perempuan tu kelihatan terkejut, mulutnya ternganga tapi tiada suara yang keluar dari mulutnya. Muaz juga terkejut. Mereka saling berpandangan, lama juga mereka berkeadaan macam tu.

Tiba-tiba……

‘hah ini kerja kamu rupanya? Patut lah banayak aduan yang diterima tentang orang dalam rumah ni’, terdengar suara kuat dari luar rumah. Muaz terkejut, imrah juga terkejut. Mereka berdua termangu-mangu dengan kejadian yang tidak disangka-sangkakan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘iya encik kami tak buat apa-apa pun, saya Cuma datang nak jumpa kawan saya, dia menyewa kat rumah ni, saya tak buat apa –apa pun dengan perempuan ini encik, tolong lepaskan saya’, rayu muaz.

Imrah menangis. Dia sudah kehilangan kata-kata,  dia sendiri tidak tahu bagaimana lelaki itu berada dalam rumahnya. Seingatnya Shima dan akilah berada di ruang tamu sambil menonton televisyen, tapi bagaimana pulak lelaki itu boleh berada dalam rumahnya, dimana shima dan akilah?’, rintih hati imrah.

‘ya lah tu, perempuan dalam rumah ini selalu bawak jantan balik, apa kamu ingat kami tak tahu!?, marah kak senah jiran sebelah rumah. ‘ni imrah akak ingat kau bertudung tak lah buat benda-benda camni, rupanya kau pun sama dengan budak-budak yang tiga orang tu’, marah kak senah lagi.

‘sa..sa..saya tak kenal lelaki ni kak, sumpah kak tak pernah saya buat perkara camni, saya tak kenal lelaki ni’.

‘alah jangan lah kau nak menipu’.

Muaz tidak dapat tidur malam itu, fikirannya masih lagi teringat hal tadi, sekelip mata saja dia sudah menjadi suami kepada Imrah, itu pun pertama kali dia berjumpa dengan Imrah.

‘Tapi mana perginya Aisyah, bukan kah keretanya ada di parkir rumah? Ke mana dia pergi?’. Itu lah semua ini salah dia kerana mengatal ke rumah Aisyah malam-malam buta, kalau tidak takkan jadi benda begini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~