Nuffnang Ads

2 Oct 2012

Lima Fakta Menarik Tentang Rambut Beruban

Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat kita. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan. Ada yang di usia muda rambut sudah pun beruban, hal ini mungkin disebabkan oleh masalah genetik.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.


Berikut 5 fakta tentang berlakunya uban:

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.

2 Aug 2012

JANGAN BIARKAN AKU MENANGIS LAGI ~ 1

Bab 1:

‘Aku terima nikahnya Nur Imrah Binti Nordin dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai’.

Airmata Imrah mengalir tanpa berhenti-henti, menangis bukan kerana gembira tetapi kerana mengenangkan nasib dirinya yang tidak habis-habis di timpa ujian yang Maha Esa. Masakan tidak, hatinya gusar kerana menjadi isteri kepada seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Tentunya setiap gadis menginginkan majlis pernikahan yang gemilang bersama dengan insan yang dikasihi, berbaju pengantin putih bersih diserikan dengan kedatangan suadara mara. Ini tidak dia dinikahkan dalam keadaan yang memalukan hanya dengan berpakaian tidur. Mengenangkan itu, Imrah terus menangis tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

Lelaki yang tidak diketahui namanya datang menghukurkan tangan, Imrah kaget. Dengan hati yang cukup berat tangan suaminya di kucup tanpa rela hati, airmatanya tumpah lagi. Selepas itu mereka berdua diberikan syarahan yang pendek oleh iman Taman Cendana, masing-masing berdiam diri, Suhana dan Atikah yang masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa rakan serumah mereka hanya berdiam diri, mereka masih lagi kabur dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Mereka terkejut bila balik dari tempat kerja kerana rumah sewa mereka di penuhi dengan orang, risau hati mereka takut-takut ada kecurian di rumah mereka, namun sangkaan mereka meleset sama sekali. Tidak di sangka pula kes ini berlaku. Sudah lah mereka sering dipandang serong oleh jiran-jiran kerena sering balik lewat malam, berlaku kejadian seperti ini menambahkan lagi rasa benci jira-jiran terhadap mereka. ‘Ini tidak boleh jadi!’, bisik Suhana, selaku ketua rumah, dia mesti bertindak.

Imrah masih lagi menangis, kali ini tangisannya semakin perlahan tidak lagi sekuat tadi, lelaki tak bernama itu hanya mampu memandangnya. Mereka berdua saja yang tahu apa yang terjadi.

Imrah ditemani dengan lelaki tak bernama balik ke rumah sewa, sampai di sana beg lengkap dengan pakaian sudah menunggu di luar rumah. Imrah terkejut, Lelaki tak bernama itu juga terkejut.

‘Imrah, ni barang-barang kau, aku fikir elok lah kau keluar dari rumah ni’, arah Suhana.

Mendengar kata-kata itu terus Imrah menangis, lelaki tak bernama hanya diam membisu.

‘jangan lah layan Imrah camni kak, Im tak tahu nak pergi mana lagi kak’, rayu imrah.

‘Kau dah malukan kami Im, lagi pun kau dah kahwin dengan orang tu, aku rasa elok lah kau ikut dia Im,’ Atikah menambah.

‘Sudah lah Im, kami dah penat, dah malu dengan perbuatan kau, kerana kau semua orang kat taman ni memandang kami dengan serong, sudah baik kau pergi sekarang Im’, kata-kata Suhana membuatkan Imrah terus terasa hiba.

Kali ini dia terus menangis semahu-mahunya, Suhana terus menutup pintu rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Ingat dia isteri kamu yang sah, tidak kira macam mana sekali pun kamu kahwin dengannya, kebajikan diri nya harus di jaga’. Kata-kata tuan Iman tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga nya.

Lelaki tak bernama tu mengaru-garukan kepalanya, pening dengan masalah yang timbul. Masalah dengan kakaknya masih belum selesai ditambah pula dengan masalah terbaru, adui haru biru hidupnya kini.

Hendak di letakkan dimana isteri yang baru dinikahinya, yang baru saja dikenali namanya. Apa yang hendak diberitahu pada kakaknya tentang isterinya itu. Aduh pening betul kepalanya, tidak disangka-sangka malam tu dia menjadi suami orang. Isteri yang baru dinikahinya itu berada di sebelah, hanya berdiam diri sejak dari mereka berdua dalam kereta, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu ditanya. Kepalanya ligat memikirkan mana hendak di letakkan isterinya ini malam ini.

‘Imrah, malam ni saya tinggalkan awak kat hotel dulu yea, saya mintak maaf sebab tak boleh nak bawak awak balik ke rumah lagi, saya harap awak faham’, ucap lelaki tak bernama tu.

Oh yea,  nama saya Muaz Zainuddin, awak boleh panggil saya Muaz jer’, lelaki itu menambah lagi. Imrah hanya membisu, langsung tiada jawapan yang keluar dari mulut, pening memikirkan nasib dirinya.  

‘Hai perempuan ni, aku bercakap  dengan dia, boleh buat tak tahu pulak’, rungut Muaz.

Imrah ditinggalkan di lobi hotel Seri Malaysia, Muaz sudah bergerak pulang, kepada Imrah Muaz berjanji akan menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Mereka akan berjumpa lagi esok untuk berbincang lebih lanjut tentang diri mereka. Tepat jam 3.00 pagi, Imrah sudah berada dalam bilik hotelnya, inilah pertama kali dia tinggal dihotel, segala kelihatan agak kekok.

‘Tak sangka aku sudah jadi isteri orang’. Dengan orang yang aku tak kenal pulak tu, masin mulut mak kiah’, rungut Imrah.
______________________________________________________________________________________

Bab 2:

Hatinya terlalu rindu pada Aisyah, sudah 10 hari dia tidak bertemu dengan kekasih pujaan hatinya, dalam kepalanya sudah ada merencanakan untuk kejutan untuk Aisyah. Coklat buatan Australia ada di tangannya. Hatinya riang benar, bunga ros pink sudah ada ditangannya.

Tepat jam 11.30 malam Muaz sampai dirumah sewa Aisyah, Muaz terus memarkir keretanya di seberang jalan, di tangannya ada bungkusan hadiah, coklat dan bunga ros berwarna pink seratus kuntum. Dia tahu Aisyah sangat menyukai ros berwarna pink, demi wanita itu dia sanggup berbuat apa saja, asalkan kekasih hatinya gembira.

‘Kereta ada kat rumah, mesti aisyah ada’, bisik muaz.

Berulang-ulang kali Muaz mengetuk pintu pintu rumah sewa aisyah, namun tiada sebarang jawapan dari dalam rumah. Muaz kehairanan kerana lampu ruang tamu masih lagi bernyala dan ada bunyi televisyen. Dia hairan. ‘mana pergi Aisyah ni, kereta ada kat rumah, takkan dah tido kut, telefon tak berjawab pulak.

Dengan tak sengaja tangan terpulas tombol pintu, terbuka! Ya Allah diaorang ni tak kunci pintu, karang ada pencuri masuk pulak karang. Pintu terbuka, Muaz cuba mengintai-intai dari luar rumah, tiada orang, bisiknya lagi.

Ntah kenapa kakinya ringan sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sewa aisyah, matanya melilau mencari kelibat manusia dalam rumah tu.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan berpakaian tidur di depan matanya tanpa perempuan itu menyedari ada seorang lelaki yang bukan mahram dalam rumahnya. Perempuan tu kelihatan terkejut, mulutnya ternganga tapi tiada suara yang keluar dari mulutnya. Muaz juga terkejut. Mereka saling berpandangan, lama juga mereka berkeadaan macam tu.

Tiba-tiba……

‘hah ini kerja kamu rupanya? Patut lah banayak aduan yang diterima tentang orang dalam rumah ni’, terdengar suara kuat dari luar rumah. Muaz terkejut, imrah juga terkejut. Mereka berdua termangu-mangu dengan kejadian yang tidak disangka-sangkakan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘iya encik kami tak buat apa-apa pun, saya Cuma datang nak jumpa kawan saya, dia menyewa kat rumah ni, saya tak buat apa –apa pun dengan perempuan ini encik, tolong lepaskan saya’, rayu muaz.

Imrah menangis. Dia sudah kehilangan kata-kata,  dia sendiri tidak tahu bagaimana lelaki itu berada dalam rumahnya. Seingatnya Shima dan akilah berada di ruang tamu sambil menonton televisyen, tapi bagaimana pulak lelaki itu boleh berada dalam rumahnya, dimana shima dan akilah?’, rintih hati imrah.

‘ya lah tu, perempuan dalam rumah ini selalu bawak jantan balik, apa kamu ingat kami tak tahu!?, marah kak senah jiran sebelah rumah. ‘ni imrah akak ingat kau bertudung tak lah buat benda-benda camni, rupanya kau pun sama dengan budak-budak yang tiga orang tu’, marah kak senah lagi.

‘sa..sa..saya tak kenal lelaki ni kak, sumpah kak tak pernah saya buat perkara camni, saya tak kenal lelaki ni’.

‘alah jangan lah kau nak menipu’.

Muaz tidak dapat tidur malam itu, fikirannya masih lagi teringat hal tadi, sekelip mata saja dia sudah menjadi suami kepada Imrah, itu pun pertama kali dia berjumpa dengan Imrah.

‘Tapi mana perginya Aisyah, bukan kah keretanya ada di parkir rumah? Ke mana dia pergi?’. Itu lah semua ini salah dia kerana mengatal ke rumah Aisyah malam-malam buta, kalau tidak takkan jadi benda begini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Boy & The Apple Three Story - Part 1








Bila Nur Menulis - Apa yang terjadi seterusnya??

26 Jul 2012

Kalau dah namanya Kanak-Kanak

Amboi sedapnya mereka tidur, main ikut suka hati jer nak landing mana pun.......













Jika Mereka Bukan Superstar!!!

Mengantuk pulak petang-petang macam ni, so ada masa layan internet kejap, tiba-tiba ada satu gambar tentang artis hollywood, haah kan seandainya mereka semua ini bukan bergelar bintang hollywood gaknya inilah rupa mereka sebenarnya.... :)

Beyonce dan Jay Z

Pasangan Brangelina

Gwyneth 

OMG Jeninffer Anniston!

Kim dan Kanye West

Tua nya Madonna 

Rihanna

Scarlett


Bila Nur Menulis - Sekadar Hiburan!!

22 Jul 2012

10 Perkara yang menyebabkan Buta Hati

Ibrahim Bin Adham, seorang ahli tasawuf yang terkenal telah ditanya oleh sekumpulan orang semasa beliau berada di pasar Basrah, soalannya berkaitan dengan doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, sedangkan mereka selalu berdoa kepada Allah. Maka beliau terus menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan oleh sepuluh perkara......................

1 - Kamu mengenali Allah s.w.t, tetapi tidak kamu tidak menunaikan hak-Nya
2 - Kamu mencintai Rasullah SAW tetapi kamu menolak sunnahnya


3 - Kamu membaca AlQuran, tetapi kamu tidak beramal denganya
4 - Kamu makan nikmat Allah swt tetapi tidak mensyukurinya
5 - Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya
6 - Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya
7 - Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya


8 - Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya
9 - Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban sendiri
10 - Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka

21 Jul 2012

Air liur bayi bertukar menjadi Kristal


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.


Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.
Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

16 Jul 2012

Kisah Artis Hollywood yang Muflis

Kita mesti sangka dengan kekayaan mencapai jutaan dolar, para selebriti Amerika akan terus hidup senang hingga ke akhir hayat. Namun tidak juga. Ramai dikalangan mereka yang menggunakan kekayaan mereka untuk membeli benda-benda yang aneh dan tidak berfaedah contohnya12 buah Rolls Royce, dua buah rumah agam, satu pulau dan mungkin lapan ekor kuda?!, tidak membayar cukai atau pelaburan yang tidak bagus, sehinggakan ada yang terpaksa diisytiharkan muflis atau mati dalam keadaan berhutang. 

Mari kira lihat siapa diantara artis-artis tersebut, termasuklah: 

1) WILLIE NELSON 

Dia seorang penyanyi dan pencipta lagu desa, penyair, aktivis dan juga pelakon yang memiliki puluhan album dan senarai filem yang tidak terkira. Namun begitu, Willie Nelson berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (IRS) sebanyak AS$16.7 juta (RM53.2 juta) pada 1990. Hutangnya menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk membuat konsert jelajah dan dia terpaksa menghasilkan album "The IRS Tapes: Who'll Buy My Memories" untuk membayar hutangnya.


2) MIKE TYSON

Sepanjang perjalanan kariernya sebagai peninju, Tyson memungut lebih AS$300 juta (RM955 juta) melalui sukan tersebut. Namun begitu, sikap dan tabiat borosnya (termasuk membeli barang kemas, rumah agam, kereta, telefon bimbit dan harimau Siberia) akhirnya menyebabkan dia dikekang hutang. Pada tahun 2003, Tyson terpaksa memfailkan status muflis dengan hutangnya sebanyak AS$13.4 juta (RM42.67 juta) pada IRS dan AS$9 juta (RM28.68 juta) untuk bekas isterinya, Monica Turner dalam perceraian. Dikatakan dari tahun 1995 ke 1997, Tyson telah membelanjakan AS$9 juta (RM28.68 juta) untuk khidmat guaman, AS$230,000 (RM732,948) untuk alat kelui dan telefon bimbit dan AS$410,000 (RM1.30 juta) untuk parti harijadi. Dia juga berhutang AS$8,100 (RM25,802) untuk penjagaan harimaunya dan AS$65,000 (RM207,000) untuk limosinnya.

3) KIM BASINGER
Pada akhir 80-an, Kim Basinger merupakan antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood. Jadi bekas isteri Alec Baldwin ini membuat keputusan untuk membeli keseluruhan bandar Braselton, Georgia dengan harga AS$20 juta (RM63.7 juta) dengan harapan ia akan menjana pendapatan melalui pelancongan. Hal tersebut tidak berlaku. Pada tahun 1993, dia membuat kesilapan sekali lagi apabila disaman akibat mengundurkan diri daripada sebuah filem yang sudah dipersetujuinya bertajuk "Boxing Helena". Basinger terpaksa menjual semula Braselton dengan nilai AS$1 juta (RM3.18 juta) sahaja dan mengisytiharkan dirinya muflis untuk menyelesaikan saman sebanyak AS$8 juta (RM25.48 juta). Itu belum termasuk kos perceraian dengan suami pertamanya, jurusolek bernama Ron Britton.

4) MARVIN GAYE


Pada tahun 1979, Marvin Gaye yang mengalami masalah cukai dan ketagihan dadah telah mengisytiharkan dirinya muflis dan berpindah ke Hawaii di mana dia tinggal di dalam sebuah van penjual roti dan cuba menghasilkan sebuah album yang diberi tajuk "In Our Lifetime". Malangnya pada tahun 1984, Marvin ditembak mati oleh bapanya sendiri.


5) JERRY LEE LEWIS


Sekalipun dengan hampir ratusan album dan single yang dikeluarkan, bintang rock n' roll Jerry Lee Lewis lupa membayar cukainya. Disebabkan itu pada tahun 1975, pihak IRS telah merampas hampir keseluruhan harta peribadi legenda muzik tersebut untuk menampung hutangnya. Pada tahun 1988, Lewis memfailkan muflis dengan jumlah hutang sebanyak AS$3 juta (RM9.55 juta) dan tiada aset lain.


6) BURT REYNOLDS

Misainya yang tebal tidak dapat menyelamatkan bintang "Smokey And The Bandit" ini apabila dia terpaksa mengisytiharkan muflis pada tahun 1996 dengan aset bernilai AS$6.6 juta (RM21 juta) dan hutang sebanyak AS$11.2 juta (RM35.67 juta). Semuanya akibat pembelian beberapa buah rumah agam, sebuah helikopter dan ladang ternak mewah di Florida selain daripada pelaburan yang tidak bijak dalam dua rangkaian restoran dan kegagalan filem-filemnya di box-office. Malah dia juga terpaksa menjual misainya yang popular itu dalam satu lelongan untuk membayar hutangnya.

7) MC HAMMER
MC Hammer mungkin "too legit to quit" tetapi dia tetap terpaksa mengisytihar muflis selepas mengumpul hutang sebanyak AS$13 juta (RM53.8 juta) pada tahun 1996. Perbelanjaan yang berlebihan merupakan punca utama masalah kewangan bintang yang popular dengan lagu "Can't Touch This" ini, termasuk rumah agamnya di California yang dilengkapi dua buah kolam renang, sebuah pawagam, dua buah gelanggang tenis dan garaj yang boleh menempatkan 17 buah kereta. Dia juga membeli sebuah helikopter, beberapa ekor kuda lumba dan sistem bunyi yang memerlukan pendawaian sepanjang 22 batu. Oh, tidak lupa juga rantai emas buat empat ekor anjing Rottweiler belaannya. Kini Hammer bekerja sebagai penyanyi rap, pengacara TV dan juga penceramah untuk menampung keluarganya. Stop! It's Hammer time!

8) GARY COLEMAN


Bintang "Diff'rent Strokes" kesayangan ramai ini pernah menjadi bintang kecil dengan bayaran paling mahal di Hollywood. Namun pada tahun 1999, Coleman terpaksa mengisytiharkan muflis dengan hutang peribadi sebanyak AS$72,000 (RM2.29 juta). Dia terpaksa melelong barangan peribadinya dan mengadakan pertandingan hari Krismas untuk menampung hutangnya. 



9) JUDY GARLAND

Gabungan hutang cukai sebanyak beberapa ratus ribu dengan IRS dan tamatnya rancangan "The Judy Garland Show" menyebabkan bintang yang terkenal melalui filem "The Wizard Of Oz" ini menghadapi masalah kewangan yang berat. Dia meninggal dunia pada usia 47 tahun dalam keadaan berhutang akibat pengambilan ubat yang berlebihan secara tidak sengaja.


10) MICHAEL JACKSON
Selepas kematian Jackson pada tahun 2009, media melaporkan bahawa Raja Pop itu memiliki hutang sebanyak AS$400 juta (RM1.27 bilion). Untuk menguruskan Neverland Ranch yang menjadi harta kesayangannya, Michael menghabiskan AS$35 juta (RM111.4 juta) untuk memperbaiki semuanya, termasuk dua landasan keretapi, dua buah helikopter, jabatan bombanya sendiri, sebuah zoo dan pebagai jenis permainan taman tema yang dimilikinya. Jackson juga memiliki 75 buah kereta dan seringkali membelikan hadiah mahal kepada orang yang tersayang, seperti rantai bernilai AS$637,000 (RM2.02 juta) buat Elizabeth Taylor. Dia juga membelanjakan lebih AS$25,600 (RM81,536) setiap bulan untuk keperluan perubatan yang akhirnya menyebabkan kematiannya.

Bila Nur Menulis - Populariti tidak menjaminkan apa-apa!

10 Jul 2012

Mulia Sungguh Hati Pakcik Ini

Mulia sungguh hati pakcik ni kan, sanggup dia pulangkan duit sebanyak itu, sedangkan dia hanya bekerja sebagai pemandu lori perabot saja ditambah pula anak seramai 12 orang.

Apa yang menariknya ialah dia tidak berani mengira wang tersebut dan menyerahkan wang terbabit setelah semalaman tidak lena tidur kepada pihak berkuasa. Bagi pemilik wang ini, berterima kasih lah pada En.Bahar yang jujur ini, bantu lah dia sebagaimana dia membantu anda dengan memulangkan wang anda.
 
Katanya 'Wang itu bukan miliknya dan mungkin pemiliknya mahu menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih penting'.

Apa pun kita patut ucapkan terima kasih pada pakcik Bahar kerana menyerahkan wang kepada pihak berkuasa, namun ada juga yang mengatakan beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut untuk dirinya dan keluarga memandangkan beliau bukannya org senang. Namun bagi saya mungkin pakcik Bahar tidak mahu membesarkan anak-anaknya dengan duit yang tidak tahu sumbernya.

Bila Nur Menulis - Jadikan teladan!

9 Jul 2012

Mahukah Kita Orang Islam jadi Begini

Tersentak hati baca news yang keluar kat paper kosmo hari ini, yea lah awak tu sendiri pun tak rupa Islam dah kan, memang lah tak kisah bukan?! Namun mahu kah kita agama kita diperlekehkan sedemikian rupa, yea di akhir zaman ni sudah macam-macam berlaku.......kembali lah kita ke jalan yang benar.....


Bila Nur Menulis - :(

7 Jul 2012

Apa Perasaan Anda Bila Lihat Gambar Ini??

Apa perasaan anda ketika melihat gambar-gambar di bawah,  mesti mengucap panjang bukan, itu lah yang akan berlaku pada generasi kita jika tidak dibendung, mahukah kita anak-anak seawal usia 7-8 tahun sudah rosak akhlaknya, sudah tentu jawapannya TIDAK!.

Saya juga begitu, ayuh kawan-kawan marilah kita bersama menjaga permata-permata kurniaan Allah ini agar tidak tergelincir dari landasan agama. Lihat lah kanak-kanak sekecil ini sudah mengenal apa itu seks, namun sedarkah mereka akan bahayanya?? Nauzubillahiminzalik!!!








Bila Nur Menulis - Sangat berdukacita