Nuffnang Ads

20 May 2012

Kisah Pembunuh Bersiri yang kejam - Ted Bundy


Saya adalah peminat setia siri siasatan ‘Criminal Minds’, dalam siri tersebut selalu Dr. Reid selalu menyebut tentang pembunuh bersiri terkenal “Ted Bundy’ dalam membuat profil pembunuh. Berikut serba sedikit informasi tentang Ted Bundy

Ted Bundy  (Theodore Robert Cowell) lahir pada November 24, 1946, di Burlington, Vermont. Pada 1970-an,beliau telah merogol dan membunuh wanita muda di beberapa negeri. Beliau telah dikait sekurang-kurangnya 36 pembunuhan, tetapi ada yang berpendapat beliau telah melakukan 100 atau lebih pembunuhan. Beliau telah dijatuhi hukuman mati di kerusi elektrik Florida pada tahun 1989 pada usia 42 tahun. 


Beliau digambarkan seorang yang berperwatakan menarik, tampan dan tahap mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi Semasa kes perbicaraannya, dia diibaratkan sebagai seorang selebiriti kerana tumpuan terhadapnya dan kisahnya telah difilemkan dan juga dinovelkan. Cara dia menemui mangsanya ialah menghampiri mangsa di tempat-tempat awam dan pura-pura mengalami kecederaan atau hilang upaya, atau menyamar sebagai seorang tokoh berkuasa, dia biasanya menyerang dan membunuh mangsanya di lokasi yang lebih terpencil. 



Ted Bund ketika di mahkamah


Wajah-wajah seorang pembunuh kejam

No comments:

Post a Comment