Nuffnang Ads

16 Jul 2012

Kisah Artis Hollywood yang Muflis

Kita mesti sangka dengan kekayaan mencapai jutaan dolar, para selebriti Amerika akan terus hidup senang hingga ke akhir hayat. Namun tidak juga. Ramai dikalangan mereka yang menggunakan kekayaan mereka untuk membeli benda-benda yang aneh dan tidak berfaedah contohnya12 buah Rolls Royce, dua buah rumah agam, satu pulau dan mungkin lapan ekor kuda?!, tidak membayar cukai atau pelaburan yang tidak bagus, sehinggakan ada yang terpaksa diisytiharkan muflis atau mati dalam keadaan berhutang. 

Mari kira lihat siapa diantara artis-artis tersebut, termasuklah: 

1) WILLIE NELSON 

Dia seorang penyanyi dan pencipta lagu desa, penyair, aktivis dan juga pelakon yang memiliki puluhan album dan senarai filem yang tidak terkira. Namun begitu, Willie Nelson berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (IRS) sebanyak AS$16.7 juta (RM53.2 juta) pada 1990. Hutangnya menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk membuat konsert jelajah dan dia terpaksa menghasilkan album "The IRS Tapes: Who'll Buy My Memories" untuk membayar hutangnya.


2) MIKE TYSON

Sepanjang perjalanan kariernya sebagai peninju, Tyson memungut lebih AS$300 juta (RM955 juta) melalui sukan tersebut. Namun begitu, sikap dan tabiat borosnya (termasuk membeli barang kemas, rumah agam, kereta, telefon bimbit dan harimau Siberia) akhirnya menyebabkan dia dikekang hutang. Pada tahun 2003, Tyson terpaksa memfailkan status muflis dengan hutangnya sebanyak AS$13.4 juta (RM42.67 juta) pada IRS dan AS$9 juta (RM28.68 juta) untuk bekas isterinya, Monica Turner dalam perceraian. Dikatakan dari tahun 1995 ke 1997, Tyson telah membelanjakan AS$9 juta (RM28.68 juta) untuk khidmat guaman, AS$230,000 (RM732,948) untuk alat kelui dan telefon bimbit dan AS$410,000 (RM1.30 juta) untuk parti harijadi. Dia juga berhutang AS$8,100 (RM25,802) untuk penjagaan harimaunya dan AS$65,000 (RM207,000) untuk limosinnya.

3) KIM BASINGER
Pada akhir 80-an, Kim Basinger merupakan antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood. Jadi bekas isteri Alec Baldwin ini membuat keputusan untuk membeli keseluruhan bandar Braselton, Georgia dengan harga AS$20 juta (RM63.7 juta) dengan harapan ia akan menjana pendapatan melalui pelancongan. Hal tersebut tidak berlaku. Pada tahun 1993, dia membuat kesilapan sekali lagi apabila disaman akibat mengundurkan diri daripada sebuah filem yang sudah dipersetujuinya bertajuk "Boxing Helena". Basinger terpaksa menjual semula Braselton dengan nilai AS$1 juta (RM3.18 juta) sahaja dan mengisytiharkan dirinya muflis untuk menyelesaikan saman sebanyak AS$8 juta (RM25.48 juta). Itu belum termasuk kos perceraian dengan suami pertamanya, jurusolek bernama Ron Britton.

4) MARVIN GAYE


Pada tahun 1979, Marvin Gaye yang mengalami masalah cukai dan ketagihan dadah telah mengisytiharkan dirinya muflis dan berpindah ke Hawaii di mana dia tinggal di dalam sebuah van penjual roti dan cuba menghasilkan sebuah album yang diberi tajuk "In Our Lifetime". Malangnya pada tahun 1984, Marvin ditembak mati oleh bapanya sendiri.


5) JERRY LEE LEWIS


Sekalipun dengan hampir ratusan album dan single yang dikeluarkan, bintang rock n' roll Jerry Lee Lewis lupa membayar cukainya. Disebabkan itu pada tahun 1975, pihak IRS telah merampas hampir keseluruhan harta peribadi legenda muzik tersebut untuk menampung hutangnya. Pada tahun 1988, Lewis memfailkan muflis dengan jumlah hutang sebanyak AS$3 juta (RM9.55 juta) dan tiada aset lain.


6) BURT REYNOLDS

Misainya yang tebal tidak dapat menyelamatkan bintang "Smokey And The Bandit" ini apabila dia terpaksa mengisytiharkan muflis pada tahun 1996 dengan aset bernilai AS$6.6 juta (RM21 juta) dan hutang sebanyak AS$11.2 juta (RM35.67 juta). Semuanya akibat pembelian beberapa buah rumah agam, sebuah helikopter dan ladang ternak mewah di Florida selain daripada pelaburan yang tidak bijak dalam dua rangkaian restoran dan kegagalan filem-filemnya di box-office. Malah dia juga terpaksa menjual misainya yang popular itu dalam satu lelongan untuk membayar hutangnya.

7) MC HAMMER
MC Hammer mungkin "too legit to quit" tetapi dia tetap terpaksa mengisytihar muflis selepas mengumpul hutang sebanyak AS$13 juta (RM53.8 juta) pada tahun 1996. Perbelanjaan yang berlebihan merupakan punca utama masalah kewangan bintang yang popular dengan lagu "Can't Touch This" ini, termasuk rumah agamnya di California yang dilengkapi dua buah kolam renang, sebuah pawagam, dua buah gelanggang tenis dan garaj yang boleh menempatkan 17 buah kereta. Dia juga membeli sebuah helikopter, beberapa ekor kuda lumba dan sistem bunyi yang memerlukan pendawaian sepanjang 22 batu. Oh, tidak lupa juga rantai emas buat empat ekor anjing Rottweiler belaannya. Kini Hammer bekerja sebagai penyanyi rap, pengacara TV dan juga penceramah untuk menampung keluarganya. Stop! It's Hammer time!

8) GARY COLEMAN


Bintang "Diff'rent Strokes" kesayangan ramai ini pernah menjadi bintang kecil dengan bayaran paling mahal di Hollywood. Namun pada tahun 1999, Coleman terpaksa mengisytiharkan muflis dengan hutang peribadi sebanyak AS$72,000 (RM2.29 juta). Dia terpaksa melelong barangan peribadinya dan mengadakan pertandingan hari Krismas untuk menampung hutangnya. 



9) JUDY GARLAND

Gabungan hutang cukai sebanyak beberapa ratus ribu dengan IRS dan tamatnya rancangan "The Judy Garland Show" menyebabkan bintang yang terkenal melalui filem "The Wizard Of Oz" ini menghadapi masalah kewangan yang berat. Dia meninggal dunia pada usia 47 tahun dalam keadaan berhutang akibat pengambilan ubat yang berlebihan secara tidak sengaja.


10) MICHAEL JACKSON
Selepas kematian Jackson pada tahun 2009, media melaporkan bahawa Raja Pop itu memiliki hutang sebanyak AS$400 juta (RM1.27 bilion). Untuk menguruskan Neverland Ranch yang menjadi harta kesayangannya, Michael menghabiskan AS$35 juta (RM111.4 juta) untuk memperbaiki semuanya, termasuk dua landasan keretapi, dua buah helikopter, jabatan bombanya sendiri, sebuah zoo dan pebagai jenis permainan taman tema yang dimilikinya. Jackson juga memiliki 75 buah kereta dan seringkali membelikan hadiah mahal kepada orang yang tersayang, seperti rantai bernilai AS$637,000 (RM2.02 juta) buat Elizabeth Taylor. Dia juga membelanjakan lebih AS$25,600 (RM81,536) setiap bulan untuk keperluan perubatan yang akhirnya menyebabkan kematiannya.

Bila Nur Menulis - Populariti tidak menjaminkan apa-apa!

No comments:

Post a Comment