Nuffnang Ads

25 May 2012

KALAU SUDAH JODOH - BAHAGIAN III

“Armin Junaidi!?, murni terkejut. Dia benar-benar terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangkakan ini. Rupanya orang yang selalu dihubunginya ialah musuh ketatnya.

‘Murni, ini lah encik Amin, dia lah yang akan menggantikan tempat kami nanti, so kamu kena beri kerjasama yang baik dengan encik Amin’. Berita itu bagaikan bom buat Murni, hatinya bagaikan mendidih mendengar berita yang tidak disangka-sangkakan itu.

‘Oooooo…inilah cik Murni yang selalu bercakap dengan saya dalam telefon tu, patut lah suara sedap, orang nya pun cantik’, seloroh Encik Armin.

‘Wah! Lepas ni boleh lah kita bekerjasama dengan baik ye cik Murni’, kata-kata Armin bagaikan angin lalu ditelinganya, murni sudah kehilangan kata-kata, padahal sebelum ini dia begitu teruja mahu berjumpa dengan encik amin, lelaki yang selalu menghubunginya. Murni begitu selesa berbual-bual dengan encik Amin, mereka bebas berbual apa saja topik dalam telefon. Encik Amin pula pandai berjenaka dan sangat memahami, Murni begitu gembira apabila mendapat tahu bahawa encik amin juga akan menghadiri majlis makan malam tersebut.

Asiah dan ain tersenyum gembira, semua staff ATTSB bersalaman dengan Armin sambil ucapan tahniah dari semua orang. Armin Junaidi tersenyum gembira, seakan-akan mengejek dirinya. Sakit benar hatinya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya saat itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sampai sahaja di rumah murni terus menangis semahu-mahunya, hatinya begitu kecewa. Dia merasakan dirinya telah ditipu hidup-hidup oleh armin junaidi.

‘Armin Junaidi, kau memang jahat! Sejak dari dulu sampai sekarang!’, jeri murni melepaskan amarahnya. Kerana lelaki itu lah dia terpaksa berpisah dengan Amran, lelaki yang dicintai sejak dari tingkatan 3, kerana Armin Junaidi lah dia terpaksa berhijrah dari kampungnya ke Bandar, semua yang berlaku pada dirinya semua atas sebab Armin Junaidi. Entah apa silapnya pada lelaki itu pun, murni tak tahu.

Murni menangis lagi, kejadian hari tu seperti baru sahaja berlaku, sedikit pun dia tak pernah lupa akan kejadian petang itu. Kerana Armin Junaidi, Amran ditangkap khalwat dengan Anisah, anak tok sidang kampungnya. Kejadian itu berlaku ketika Murni balik dari kerja, di satu selekoh untuk ke rumahnya terasa tangannya di tarik secara tiba-tiba oleh seseorang.

‘Hei mari kau ke sini, ikut aku cepat’, pantas tangan Armin menarik tangannya. ‘apa kau nak buat ni setan! Lepaskan aku ’, jerit murni. ‘Baik kau diam, kalau tak aku tampar muka kau’, ugut Armin. Murni terus terdiam, hatinya betul-betul takut dengan kelakuan armin ketika itu. 

Armin terus mengheret tangannya ke pondok kecil tepi sawah tempat dia dan Amran selalu bertemu. Mereka berdua bersembunyi dibalik rimbunan kecil. Tangan Armin kuat memegang tangannya, ‘Ya Allah aku berlindung pada Mu, lindungi lah aku dari perbuatan yang tidak elok, aku berserah pada Mu’, bisik murni berserah, airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipinya. Takut benar hatinya ketika itu, risau diapa-apakan oleh Armin.

‘Kau tengok depan’, arah armin.

Anisah baru saja menaiki pondok, hati murni berdebar-debar. ‘apa anisah buat dalam pondok tu, amran selalu ada kat pondok tu!, entah-entah mereka nak perangkap amran tak!?’, bisik Imrah kalut. Hatinya berdoa agar tiada sesuatu yang buruk berlaku pada Amran lelaki yang baru menjadi tunangnya selama 3 bulan.

Selang 15 minit kemudian, tok iman bersama orang kampung datang, lebih kurang sepulu orang, agak kecoh suasana petang itu. Armin menarik tangannya supaya bangun dan bergerak ke depan. Mereka bergerak ke depan, Armin tidak lagi memegang tangannya. Dipandangnya wajah Armin, kelihatannya begitu puas hati dan bersemangat, turut bersama di sana Megat, anak Tuk penghulu kampungnya.

Sampai di pondok kecil itu, kelihatan anisah sudah menangis, amran hanya tertunduk membisu, tidak berani memandang ke atas. Murni memandang Amran untuk seketika mereka saling berpandangan. Amran seakan-akan mahu berkata sesuatu tapi mulutnya seakan-akan terkuni. Pilu benar hati murni ketika itu hanya Allah saja yang tahu hatinya ketika itu.

‘ini kerja kamu yea amran, rosakkan anak dara orang’, marah tok iman. Anisah terus menangis. Murni hanya terdiam, dia masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangkakan itu. Selang 15 minit selepas itu  tok sidang bersama isterinya sampai, menangis-nangis mak nab sampai pengsan. Tok sidang kelihatan tenang, tak lama selepas itu, mama dengan ayah amran sampai. Mereka kelihatan sangat terkejut dengan kejadian tersebut, terus puan aini datang memeluk murni.

Armin Junaidi tersenyum puas, akhirnya jerat dia mengena. Kalau tidak kerana kawan-kawannya pasti rancangan itu tidak akan berjaya. Padan muka kau amran!, bisik hati armin. Ini balasan untuk orang macam kau!.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Heboh satu kampong cerita tentang tangkap khalwat Amran anak cikgu Ali dengan Anisah anak tok sidang kampungnya. Keputusan telah pun dibuat oleh tok sidang dan cikgu ali bahawa amran dan anisah akan dinikahkan dengan kadar segera. Malam itu Amran ke rumahnya bagi menjelaskan perkara yang berlaku tadi.

‘Am kena fitnah murni, Am tak tahu macamana anis boleh ada petang, tiba-tiba jer dia kat belakang Am’,  amran memulakan cerita.  Murni hanya mendiamkan dirinya.

‘ Am ke sawah petang tu sebab ada orang telefon Am nak jumpa kat pondok tu,  Am tak nak kahwin dengan anis, Am tak sukakan dia, Am cintakan murni, jangan lah murni buat Am begini, cakap lah sesuatu dengan am, jangan hukum am camni’, pinta Amran.

Murni menangis, tidak sanggup mendengar kata-kata Amran padanya. ‘Murni pun sayangkan Am, murni tak sanggup kehilangan Am’, sendu suara murni. Hatinya bagaikan disagat-sagat dengan kejadian petang semalam. Marahnya pada Armin junaidi, lelaki itu lah yang bertanggungjawab atas kejadian ini. Memang dia lelaki jahat.

‘Am janji, am akan cari jalan selesaikan masalah ini, murni tunggu am yea’, pinta amran. ‘Murni tahu am tak salah, ada orang cuba rosakkan hubungan kita’, balas murni.

Keesokkannya murni tidak pergi kerja, hatinya benar-benar berserabut dengan kejadian semalam, jadi dia mengambil keputusan untuk  ke pekan kerana mahu bertemu kawan baiknya, zati, pertemuan mereka berkisarkan kejadian yang menimpa amran, kekasih hatinya, baginya amran ada lah mangsa dalam hal ini, perancang utamanya ada lah armin junaidi dan pelakonnya adalah anisah. Murni sedar anisah dari dulu lagi sukakan amran, tetapi amran tidak suka melayan perangai anisah yang berperangai keanak-anakan. Tetapi dia tidak pasti dengan Armin, apa dendamnya terhadap amran sampai kekasih hatinya itu diperangkap sedemikian rupa.

Mungkin semasa ketiadaanya di kampong yang melanjutkan pelajaran di universiti, berlaku pertelingkahan antara amran dan Armin junaidi, mungkin juga kerana perempuan atau mungkin kerana Armin junaidi tidak puas hati kerana amran bercinta dengan aku, tapi Armin junaidi tidak pernah menunjukkan minat terhadap dirinya. Seingatnya amran tidak pernah menceritakan yang dia ada masalah dengan Armin junaidi. Murni buntu, macamana jika amran terpaksa berkahwin juga dengan anisah, macamana dengan dirinya?? Murni jadi takut untuk memikirkan perkara itu.

Sejak malam itu, Amran tidak lagi ke rumahnya, hatinya sedih, Arman baru tiga bulan menjadi tunangannya setelah mereka bercinta sejak dari tingkatan 3 lagi. Lagi pun semua orang sudah tahu bahawa dia dengan Amran bercinta, ibunya juga tahu, malahan cikgu Ali dan Puan Aini merestui hubungan mereka, setelah dia tamat belajar dan bekerja di Bandar kelahiranya, mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu.

2 hari selepas kejadian itu, Amran dan Anisah dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinannya hujung minggu itu. Hati murni begitu remuk. Anisah kelihatan begitu gembira dengan perkahwinan ini. Hati murni sedih ‘mungkin amran gembira dengan perkahwinan ini’, bisik murni.

‘Murni, yang sudah tu sudah lah, jangan difikirkan sangat. Kalau jodoh kamu dengan amran tu kuat, insyallah mak pasti kamu berdua mesti bersama’, pujuk mak.

‘Tak tahu lah mak apa murni nak buat lagi mak, amran takder pun datang jumpa murni lepas hari tu’, tutur murni. ‘mungkin dia suka berkahwin dengan anis kut mak, kut yea pun datang lah jenguk murni mak, murni nikan tunang dia. Dia tak tahu ke apa yang Murni yang rasa sekarang’, ujar murni lagi.

‘sudah lah murni, mungkin amran ada banyak hal, dia kan bekerja, murni sendiri kan tahu. Sudah lah tu sayang minggu depan kan murni nak balik universiti, pergilah kemas apa yang patut’, lembut bicara mak.

‘ermmmm, nanti lah mak. Murni nak ke sawah jap, nak tenangkan hati’, pinta murni, mak hanya mengangguk.

‘balik cepat yea’, pinta mak.

Murni bersandar di perdu pohon mangga, memikirkan masa depannya yang suram tanpa amran, tanpa disedarinya ada sepasang mata sedang memerhati dirinya.

‘Assalamualaikum Murni’,

‘Waalaikummussalam’, balas Murni, mukanya mendongak ke atas, mata mereka saling bertentangan. Bingkas murni bangun.

‘Murni, aku nak cakap sikit dengan kau tunggu lah kejap’, Armin Junaidi menarik tangannya sehingga terdorong ke belakang.

‘Hei sakit lah, kau nape Armin?!’, jerit Murni.

‘aku nak kau lupakan saja si amran tu, dia tak sesuai dengan kau dan tak sepatutnya dengan kau,’ kata-kata armin junaidi membuatkan murni panas hati.

‘apa hak kau nak cakap begitu, apa masalah kau sebenarnya?? Apa yang kau tak puashati dengan amran??!! Bertubi-tubi soalan murni pada Armin junaidi.

‘Itu kau sendiri kena tanya dengan Amran’, balas armin junaidi.

‘Aku tanya kau, kau yang perangkap amran, kau yang suruh anisah pergi pondok tu kan??!! Sebab kau tahu amran selalu ke sana kan. Mengapalah hati kau busuk sangat armin’, balas murni.

‘Engkau kan tahu aku dengan amran sudah bertunang, kenapa kau buat begitu??!! Kau dengki dengan kami ke??’, airmata murni terus mengalir. Hatinya tak mampu menahan semua itu.

‘Murni, kau dengar sini’, Armin cuba menarik tangan murni dan secara tak sengaja murni menampar muka armin junaidi.

Pang!! Murni terkedu, Armin junaidi terkejut. Tidak sangka murni bertindak sedemikian. Murni terus berlalu pergi. Sedih dirinya diperlakukan sedemikian rupa oleh Armin junaidi.

Sampai di rumah, Murni mengesat airmatanya agar tidak diperasan oleh mak, dengan perlahan-lahan Murni naik ke rumah. Kelihatan di ruang tamu ada Cikgu Ali dengan Kak Ida, kakak Amran.

‘Murni, mari sini kami ada hal nak bagi tahu ni’, panggil kak Ida. Mak kelihatan sugul,  Cikgu Ali diam. Agak lama mereka berdiam diri, kak Ida mencuit tangan ayahnya, cikgu Ali bagaikan terkejut, perlahan-lahan nafasnya ditarik.

‘Murni, pakcik tahu kamu dengan Amran sudah bertunang, tapi Amran dengan Anisah akan berkahwin hujung minggu ini, jadi pakcik rasa elok lah kami datang, dulu kami datang cara baik meminang Murni, kini pun kami datang cara elok untuk lepaskan Murni’, kata-kata Cikgu Ali membuatkan Murni menangis tersedu-sedu.

Kak Ida datang memeluk Murni ‘maafkan kami yea Murni’, ujur kak Ida.

No comments:

Post a Comment