Nuffnang Ads

15 May 2012

KALAU SUDAH JODOH - BAHAGIAN 1


Kepalanya benar-benar sakit ditambah pula dengan suara bosnya berselang seli dengan suara kak munah, perempuan paling kepoh dekat pejabat ini. Gelak sakan nampaknya mereka berdua.

‘tak per hari ini hari kau, esok lusa hari aku pulak’, bisiknya.

‘Kalau dapat balik best jugak ni, boleh aku pergi shopping complex beli barang untuk dinner minggu depan.
‘Daripada duduk kat sini menyakitkan hati jer’.

‘Hoi murni, I nak you hantar dokumen ni ke kedah, letak nama encik amin’. Mak oi sedapnya bahasa bos aku ni, memang lah orang tua ni nak kena penangan dari aku ni.

‘Eh you dengar tak ni!?’, bentak Puan Rosi

‘yea puan saya dengar, tak pekak lagi ni’, tingkah aku.

Rosi berlalu pergi, bengang betul hatinya bila aku menjawab. Habis tu setiap hari macam tu, main suka hati jer panggil orang macam tu, mak ayah bagi nama elok-elok, Sri Murni Binti Sri Sham. Tapi kerana nama tu jugak aku di gelar minyak masak Seri Murni, geram betul lah.

Hei murni, kau ni suka betul mengelamun, ni hah mr. harjit suruh kau taip surat ni’. Asiah tetiba datang menyergah.

Apa ni?? Takkan lah semua aku nak kena buat, alah setakat surat takkan ko tak leh buat kan, tolong taip jer tu’.

‘Alah kau ni murni, dalam opis hanya ko dengan si nenek Rosi jer yang boleh baca tulisan dia, aku ni terkial-kial nak baca, karang ntah apa-apa aku tulis, kau tahu jer lah dia bukanya suka kalau orang bertanya banyak kali’, adu si Asiah lagi.

Lagi pun dia nakkan surat ni esok , ada masa lagi’, terus berlalu si Asiah dari meja nya.

Bengang betul hatinya, semua kerja diserahkan padanya, tapi kalau dia marah pun tak guna, balik-balik pun surat tu akan sampai ke tangannya juga untuk di taip. Yea lah tak siapa kat opis ni yang tahu baca tulisan Mr. Harjit tu. Ntah lah bak kata Asiah, tulisan antik, ermmmm ntah apa-apa si asiah ni.

‘baik aku siapkan dulu dokumen yang nak dihantar ke kedah ni, kan tak pasal-pasal bising si rosi tu karang’.

Murni! Jadi tak kita ke komplek petang ni? Minggu depan dah majlisnya, aku nak cari baju cepat nanti nak tambah apa yang patut’, suara asiah yang kuat mengejutkan semua orang terutamanya mr. Moses yang sedang leka menyiapkan tugasanya untuk esok.

‘hohoho apa ni Asiah?? Banyak bising lah you, apa barang mahu beli?

‘alah mr.moses kan next week kita ada dinner, so I nak pergi beli baju cantik-cantik lah, mahu nampak grand lorrr, mana tahu nanti boleh jumpa bakal suami’,

‘woit majlis tu kan lagi 10 hari, lama lagi tu’, encik sulaiman bersuara

Yea lah kami orang perempuan kena buat persediaan rapi, kena lah nampak bergaya, nanti karang sapa yang malu saya jugak yang malu’, tambah asiah sambil ketawa.

Mr.moses dn encik sulaiman hanya mampu tersenyum melihat gelagat asiah, memang dalam pejabat ini Asiah lah suka berpakaian cantik-cantik dan bersolek selain daripada Kak munah kepoh tu. Masing-masing tak nak mengalah.

Asiah oh asiah, nasib kau berhati baik’, guman murni
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tepat jam 5.30 petang, mereka bertiga menuju ke komplek untuk membuat persiapan bagi majlis makan malam minggu depan, banyak barang yang perlu dibeli. Pening betul murni dengan gelagat Puan Rosi, sekejap nak itu, sekejap nak ini, nak barang branded tapi harga murah, kau buat sendiri lah rosi kalau nak murah’, marah murni dalam hati.

Murni, tadi mr.harjit pesan dengan aku suruh belikan hamper 5, kalau boleh harganya RM60.00 ke bawah’,

Laaa mana ada hamper harga camtu ain, kalau ada pun 80.00 ke atas, kalau nak murah suruh dia buat sendiri, dasar kedekut punya orang’, marah Asiah.

Mana lah aku tahu, dia yang nakkan camtu, dah lah tu duit dia tak bagi’, tingkah si ain.

Duit tak bagi??!! Abis tu camner aku nak beli?? Puan Rosi cuma bagi aku RM 400.00 jer cukup-cukup untuk aku beli barang elektrik tu, kalau pakai duit aku karang, nak dapat balik tu punye lah susah, macam korek dari batu jer’, adu ku pad ain dan asiah.

Ermmmmm abis tu nak buat camner ni??’, suara ain tenggelam timbul.

‘nantilah kita pikirkan’, aku bersuara.

Usai membeli peralatan elektrik, kami bergerak ke kedai hadiah untuk mencari kertas pembalut yang sesuai. Agak sukar dengan bajet yang diberikan untuk aku beli barang-barang, tapi nak buat macamana dah tugas aku. Malas nak guna duit sendiri, bukan apa nak dapat balik tu payah, duit claim bulan lepas pun belum dapat lagi. Apa lah company ni duit dia nak cepat jer, duit pekerja buat tak tahu jer.

Kalau dapat duit claim tu boleh aku beli barang rumah sikit dan tampung perbelanjaan, ni pun bajet dah terlebih sebab buat persiapan untuk majlis makan malam minggu depan.

Ermmmm ala kadar jer lah, lagi pun sapa yang nak tengok aku, baju raya tahun lepas kan ada lagi, cantik apa’, fikir aku lagi.

Asiah yang paling banyak membeli barang petang itu, aku sendiri pun tak larat nak mengikut karenah Asiah, akhirnya terduduk aku atas bangku depan kedai baju kanak-kanak. Asiah dan ain entah ke mana perginya, ada lagi barang yang hendak dibeli. Tak apa asiah kau anak orang senang, boleh lah berbelanja sesuka hati, gaji pun untuk kegunaan sendiri jer. Aku ni banyak tanggungan yng perlu dibayar setiap bulan, gaji besar pun belum tentu habis hutang aku, teringat hal hutang membuatkan hati murni panas, lebih-lebih lagi bila mengingatkan kpada lelaki tak guna itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Murni sampai ke rumah jam 9.00 malam, penatnya tak usah cerita lah, sepatutnya urusan pejabat boleh keluar waktu pejabat, tapi Puan Rosi tak benar aku berbuat demikian, katanya aku ada banyak kerja lain nak buat dan perlu menyiapkan dokumen untuk dihantar ke kedah. entah apa dokumen yang nak di hantar nya lagi.’ Marah murni

Tepat jam 10.30 malam murni sudah berbaring di katil bujangnya, menghilangkan penat setelah sepetang bersama asiah dan ain. Besok nak kerja, nak kena siapkan kad ucapan lagi, bungkus hadiah lagi. Aduh esok nak kena telefon miss chua berkenaan dengan tempahan bilik hotel untuk staff dari kedah, banyaknya nak kena buat.

Sekejap ke kiri sekejap ke kanan, berpusing-pusing murni atas katilnya, entah kenapa matanya tidak boleh terlelap. Hatinya asyik teringat akan seseorang yang dulu pernah bertahta dihatinya. Sayu hatinya bila mengenang semua tu, dah 2 tahun berlalu tapi mindanya masih boleh mengingatkan tentang hal tu, rasanya baru semalam berlaku.

Sudah lah murni, buat apa difikirkan lagi, entah dia ingatkan kau ke tidak, entahnya dia sudah berkahwin dengan perempuan tu, bisik hatinya.

Ermmmmm’, keluhnya lagi. Tiba-tiba terbit perasaan rindu dalam hati tanpa disedari air matanya mula menitis.

'Yang sudah tu sudah lah, anggap jer lah kau tiada jodoh dengannya, pesanan arwah ibu masih dalam kepalanya. 3 bulan selepas kejadian itu ibunya pergi meninggalkan dirinya, maka terkontang kanting dirinya ketika itu. Hanya pada ibunya lah tempat dia bergantung harap, ayahnya pula sudah meninggal sejak murni berumur 15 tahun.

Tiada lagi tempat dia bergantung harap, tempat untuk dia mengadu. Oh kalau lah mak ada, tak lah nasibnya jadi begini. terlalu sukar melaluinya seorang diri, tiada siapa pun yang tahu akan derita hati nya, sebab itu 6 bulan selepas kematian ibunya, murni mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain setelah menerima tawaran kerja. Sebolehnya dia tidak mahu lagi mengingatkan peristiwa itu lagi. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment