Diratah anjing
KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang
Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham
kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri,
25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.
DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.
Itu antara petikan dalam harian metro keluaran
29.5.2012 tentang serangan anjing liar. Makin menjadi-jadi pulak sekarang ni dengan
kes macam ni, rasa macam dah tak selamat lagi nak keluar rumah, dengan kes
rompakannya, samun dan rogol.
Berikut beberapa kes terkini yang membabitkan
serangan Anjing di Negara kita:
4 Mei 2012 – Seorang warga emas, Yip Sin Hua, 74
tahun yang sedang berjogging maut selepas diserang anjing peliharaan yang
terlepas dari rumah seorang penduduk di SS19/5B Subang Jaya, Selangor.
18 Mac 2012 – Seorang kanak-kanak parah selepas
diserang seekor anjing yang terlepas daripada kandang ketika menunggang basikal
di lorong Perda Timur9, banda Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
23 Januari 2012 – Niat seorang surirumah ke rumah
jirannya untuk meminta daun kesum bertukar tragedy apabila dia cedera diserang
oleh anjing peliharaan jiranya hingga menyebabkan dia cedera di Taman Sri
Duyong, Melaka.
3 Disember 2011 – Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki
yang bermain basikal baru yang dihadiahkan bapanya bertukar tragedy apabila
betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga anjing didepan rumahnya di
Taman Kinrara.
26 Mei 2011 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia
tiga tahun yang menyambut hari lahirnya, maut selepas hamper 16 jam dimasukkan
ke ICU Hospital Ranau, Sabah kerana dibaham
anjing milik bapa saudaranya.
15 April 2011 – Seorang surirumah yang cedera
payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd ketika dia membawa
anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersia-siar di kawasan perumahan Taman
Tambun Indah, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Berikut adalah 3 jenis
anjing yang selalu dikatakan menyerang manusia di Malaysia.
Anjing jenis German-sheppard
mempunyai tubuh yang sederhana dan padat supaya ia boleh belari dengan pantas, sedikit
tenang dan mempunyai deria bau yang kuat. Di gunakan sebagai anjing pertahanan,
anjing gembala, dan anjing pengawal. Ia yang mudah di latih ini dikatakan berasal
dari baka serigala liar. German Shepherd sangat curiga pada orang asing. Di
negara Jerman anjing ini di gunakan untuk menjaga ternakan.
Anjing jenis Pitbull
Terrier biasanya berwarna hitam, jenis mendengar kata tetapi bersifat menyerang
apabila bertemu anjing lain dan manusia yang tidak di kenalinya . Anjing ini
dikatakan mempunyai susuk badan yang tinggi dan jenis ini sangat suka
bertarung.
Anjing jenis Rottweiler dikatakan
antara anjing yang paling cerdas. Sangat garang, patuh pada majikan dan akan
menyerang sekiranya ada yang menceroboh kawasan jagaannya. Ia mempunyai deria
bau yang kuat dan di gunakan oleh pihak polis untuk mencegah jenayah. Susuk
badan berdiri yang besar dan berat antara 70 dan 120 pound. Anjing jenis ini tidak
akan berhenti menyerang sekiranya tidak mendapat arahan berhenti dari tuannya.
Bila Nur Menulis
– Jaga keselamatan diri dan anak-anak bermain terutamanya jika kita tahu di
kawasan tempat tinggal kita ada anjing jenis diatas.
No comments:
Post a Comment