Nuffnang Ads

16 Jun 2012

INFO KESELAMATAN - PENYELUK SAKU

Penyeluk saku menggunakan teknik menarik perhatian anda ke tempat  lain untuk menjalankan kegiatannya. Untuk memahami perkara ini sila lihat contoh-contoh berikut : 

  1. Suspek tiba-tiba melanggar bahu anda semasa berjalan dan barangan yang dibawa oleh anda terjatuh ke tanah. Sudah tentu anda pada masa ini memberi perhatian kepada siapa melanggar  dan kepada barang yang jatuh  ke tanah. Semasa anda memberi  tumpuan sepenuhnya kepada dua perkara ini salah seorang dari mereka akan menyeluk saku anda tanpa di sedar.
  2. Semasa anda berjalan di tempat  lorong orang ramai, tiba-tiba ada orang menjerit dengan sekuat hati sama ada dengan menyanyi atau menyebut perkataan lucah. Perhatian dan mata anda sudah tentu kepada lelaki yang berkelakuan aneh ini. Pada masa yang sama ini salah seorang rakan mereka akan menyeluk saku anda.
  3. Semasa anda bersesak-sesak untuk menaiki bas, kereta api atau pengangkutan awam lain tiba-tiba ada orang meletak surat khabar di depan dada. Anda pun tidak kisah kerana ramai orang sedang berasak-asak dan banyak sentuhan badan anda kepada badan orang lain berlaku. Penyeluk saku sebenarnya akan memasuk jari mereka ke dalam poket baju anda dan mengambil apa saja yang ada dengan ditutupi surat khabar yang dibawa.
  4. Tiba-tiba anda ditepuk bahu. Dia terus berkata minta maaf atau sorry dengan memberi alasan tersilap orang. Kadang-kadang anda di sapa. Dia lalu bertanya  adakah anda ini nama Mat dan sebagainya. Selepas itu anda sedari wang dalam saku anda telah hilang.
Sebagai langkah pencegahan berhati-berhatilah dari sebarang perbuatan untuk menarik perhatian anda tanpa sebab. Sedarilah ini adalah teknik yang digunakan oleh penyeluk saku.

Tempat di mana sering berlaku
  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
  • Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.



Bagaimana boleh berlaku
  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon / sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Bila Nur Menulis - Sentiasa berhati-hati

No comments:

Post a Comment