Nuffnang Ads

16 Jun 2012

Lady Gaga Dituduh Menghina Bendera Thailand

Ermmm macam-macam kan kisah sensasi mengenai penyanyi ini, Sebelum ini, dia pernah berjenaka dengan berkata ingin membeli jam tangan Rolex palsu di Thailand.

Semalam pula, Kementerian Kebudayaan Thai telah memfailkan aduan terhadap penyanyi tersebut, Lady Gaga kerana menyalahgunakan bendera Thailand ketika konsertnya bulan lalu.

Kementerian itu berkata, bahagian persembahan Lady Gaga yang mengenakan perhiasan kepala tradisional, berpakaian seksi di atas motosikal dengan bendera Thailand diseret di belakang adalah ‘tidak wajar dan menyakiti perasaan rakyat.”

Pegawai kanan kementerian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami tidak meminta pihak polis mendakwanya tetapi ia adalah prosedur biasa kami untuk memfailkan aduan kepada agensi berkenaan apabila kami menerimanya.”

Kementerian itu berkata, bendera kebangsaan Thaimempunyai tiga warna, merah melambangkan negara, biru melambangkan raja dan putih agama. - AFP

Bila Nur Menulis - Sensistif dengan sesetengah isu!

No comments:

Post a Comment