Nuffnang Ads

26 Jun 2012

Mari Menjaga Kesihatan

Jom kita semua mengamalkan tip-tip agar hidup kita lebih baik dan dapat beribadat dengan sempurna.
 
Tahukah kita dengan mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan? Isyaallah jika kita mengamalkannya, berat
badan kita akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk. (Bila sebut pasal mandi air sejuk, orang zaman sekarang semuanya pakai water heater kan)

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat  dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Bila Nur Menulis - Kita sebagai manusia kadang-kadang memang terlepas pandang akan sesuatu hal, sedangkan kita menganggapnya satu hal  yang kecil namun besar impaknya dalam kehidupan kita..........

No comments:

Post a Comment